Song Joong Ki memgimbau kenangan ketika mula debut berlakon.

Baru-baru ini agensi hiburan History D&C mengeluarkan video tentang beberapa pelakon di bawah bumbungnya bercerita mengenai pengalaman mereka dalam lakonan. Video berkenaan menampilkan Song Joong Ki, Geum Sae Rok, Yang Kyung Won dan Im Chul Soo.

Ketika ditanya tentang kali pertama mereka beraksi di depan kamera, Song Joong Ki berkata, “Dulu saya tiada agensi, sekadar pegang beberapa watak ekstra demi pengalaman. Dengan bantuan senior kolej, akhirnya saya diberi dialog lengkap buat pertama kalinya. Seperti yang anda semua tahu, hal itu memang amat bermakna.”

IMG 20220424 190315 632

“Drama berkenaan berjudul ‘Get Karl! Oh Soo Jung.’  Saya tak tahu apa drama yang saya masuk ini sampailah tiba di set. Apabila sampai, ada Sung Dong Il depan mata. Anehnya, saya tak rasa gementar. Saya rasa sangat teruja. Sehinggalah saya tahu realiti di sebalik penggambaran drama.”

” Saya bukan siapa-siapa ketika mendapat peranan Wartawan 3. Dua pelakon senior yang pegang watak Wartawan 1 dan Wartawan 2 mengheret saya ke suatu sudut, sementara staf lain sedang bersedia untuk penggambaran. Mereka bertanya saya macam mana boleh dapat watak itu.”

“Saya tak tahu kenapa mereka tanya saya begitu. Akhirnya barulah saya sedar yang saingan sangat sengit dalam dunia hiburan ini. Saya cuma bertuah, dapat ‘lampu hijau’ daripada pengarah. Rasa lega bila mengungkap ayat dialog pertama itu. Saya jadi Wartawan 3, watak kecil namun peranan itu jadi sebahagian besar memori saya.”

Sumber: [1]

Previous articleEkspresi Wajah Yoo Jae Suk Yang Kecewa Trending Di Korea Selatan
Next articleSelepas 4 Tahun, Lee Kwang Soo Buat ‘Comeback’ Dalam Drama “The Killer’s Shopping List”, Ini Sinopsisnya