Home Disney+ Moving: Kronologi Pengintip Korea Utara Menceroboh Sekolah Menengah Jeongwon

Moving: Kronologi Pengintip Korea Utara Menceroboh Sekolah Menengah Jeongwon

0

Menjelang episod akhir, para penceroboh dan ejen yang berasal dari Korea Utara kembali memulakan aksi mereka dalam Moving (2023).

Kali ini, mereka datang ke Sekolah Menengah Jeongwon untuk melunaskan dendam mereka kepada ejen-ejen ANSP yang terlibat dalam kejadian di masa lalu. Tidak hairanlah, perkara ini membuatkan para ejen tidak berdiam diri walaupun telah lama bersara dari dunia hitam pekerjaan tersebut.

Baca juga: Mengapa Perlu Tonton Kdrama Moving? Kisah Pemburuan Manusia Super oleh Pembunuh Kejam
IMG 5453
Lalu, bagaimanakah kronologi para penceroboh dan pengintip Korea Utara boleh sampai ke Sekolah Menengah Jeongwon? Jom sama-sama kita lihat kronologi lengkap berikut ini.

 

1. Ibu bapa anak-anak berkuasa super menyedari keanehan di Sekolah Menengah Jeongwo

Moving

Jang Ju Won (Ryu Seung-ryong) dan Lee Mi Hyun (Han Hyo Joo) mula menyedari keanehan di Sekolah Menengah Jeongwon. Kedua-duanya telah mengetahui bahawasanya terdapat tiga orang pelajar yang mempunyai kuasa super di dalam kelas anak mereka. Tentu, ini bukanlah kebetulan namun sesuatu yang disengajakan.

Mereka menemui guru kelas Choi Il Hwan (Kim Hee Won) pada waktu yang hampir sama. Jang Ju Won dan Lee Mi Hyun mula bertanya beberapa soalan kepada Choi Il Hwan. Mereka ingin tahu untuk siapakah dan sejak bilakah Choi Il Hwan mengajar di Sekolah Menengah Jeongwon.

Tidak dapat disangkal, pekerjaan ini memang berlawanan dengan hati nuraninya hinggakan Choi Il Hwan tidak dapat mengelak. Perasaan bersalah juga tampak membayangi hati Choi Il Hwan.

Baca lagi: 5 Filem Korea Tentang Manusia Super Seperti “Moving”

2. Terdapat pengintip Korea Utara yang telah lama mengawasi secara dekat Sekolah Menengah Jeongwon

e22fe8a1 d9b8 45ac ad89 c12df269ad67

Bukan hanya ibu bapa, pihak Korea Utara nampaknya telah mengetahui Projek Pengembangan Bakat Nasional (NTDP). Projek ini dijadikan ANSP sebagai saranan tersembunyi untuk mengawasi dan melatih anak-anak yang mewarisi kuasa luar biasa dari ibu bapa mereka. Rancangan tersebut juga diwujudkan melalui pembangunan Sekolah Menengah Jeongwon.

Fakta mengejutkan telah terungkap, ini mengenai seorang kaki tangan pembersihan Sekolah Menengah Jeongwon yang rupa-rupanya adalah sebahagian daripada pengintip Korea Utara. Wataknya juga mengawasi pergerakan ANSP dan juga anak-anak super yang bersekolah di sana.

Korea Utara berniat mencuri fail yang berisi senarai maklumat anak-anak super agar dapat menghentikan latihan mereka. Tentu, ini akan melemahkan pertahanan Korea Selatan, sementara Korea Utara telah mempunyai beberapa orang ejen supernatural yang sudah terlatih.

Baca juga: Kdrama Moving, 5 Perbezaan Nasib Manusia Super Korea Selatan dan Utara

3. Rombongan pengintip lain muncul ketika mengetahui ibu bapa berada di Sekolah Menengah Jeongwon

6d04c90b a635 45b1 b0dd 28ca038149ce

Kaki tangan kebersihan tersebut memanggil rakan pengintip lain untuk memasuki Sekolah Menengah Jeongwon. Ini adalah kerana ibu bapa ataupun bekas ejen ASNP mula menampakkan diri mereka di sana.

Diketahui, tujuan utama para pengintip adalah untuk membunuh semua yang terlibat dalam misi haram beberapa tahun lalu. Ketua ANSP, Min Yong Jun (Moon Sung Geun), memerintahkan Kim Doo Sik (Jo In Sung) untuk melakukan misi pencerobohan ke Korea Utara. Tentu, ini menimbulkan konflik yang belum reda hingga kini. Walau ramai ejen telah bersara, mereka masih juga diburu bahkan turut membahayakan anak-anak keturunan mereka.

Baca lagi: Baca Webtoon Moving Episod Penuh 1-45 Kisah Manusia Dengan Kekuatan Super

Di episod sebelum ini, pertumpahan darah terjadi di Sekolah Menengah Jeongwon. Bekas ejen berusaha untuk melumpuhkan setiap pengintip Korea Utara yang muncul. Pertarungan yang sukar kerana bekas ejen ASNP terpaksa melawan pengintip Korea Utara yang ramai.

Baca lagi: Moving: 4 Persoalan Membuatkan Penonton Keliru Menjelang Episod Akhir

Memang tidak dapat dinafikan sambungan kisah setiap watak sangat dinantikan penonton. Tambahan pula, Moving hanya bersisa 3 episod terakhir yang akan tayang pada Rabu, 20 September 2023 di Disney Plus pada jam 3 petang waktu Malaysia. Nantikan ya!

Baca lagi: Moving: Peranan 42 Watak, Ejen dan Adiwira
Baca juga: Moving Menampilkan Karakter Utama Webtoon Timing Dalam Episod 16
Baca lagi: Moving: 5 Detik Mencemaskan Dijangka Terjadi Pada Ending