Home Entertainment Baca Webtoon Moving Episod Penuh 1-45 Kisah Manusia Dengan Kekuatan Super

Baca Webtoon Moving Episod Penuh 1-45 Kisah Manusia Dengan Kekuatan Super

0

WEBTOON MOVING KINI BOLEH DIAKSES!

IMG 4688

Drama siri Korea Selatan, Moving yang ditayangkan secara perdana pada 9 Ogos 2023 di Disney+ Hotstar telah berjaya menarik perhatian!

Drama siri Moving merupakan adaptasi dari Webtoon popular karya Kang Pool atau Kang Full. Ia pertama kali dikeluarkan di Korea Selatan melalui Daum pada 2 Februari 2015 dan tamat pada 21 September 2015.

Moving menampilkan kisah manusia-manusia yang mempunyai kekuatan luar biasa, drama siri ini memang sudah lama dinantikan oleh para peminat. Dan kini ia menghampiri 3 episod akhir yang bakal ditayangkan serentak pada hari sama 20 September 2023 di platform striming Disney Plus.

Pastinya ramai penggemar drama siri Moving kini merasa ingin tahu dan tertanya-tanya dengan kisah manusia super ini dalam versi Webtoon memandangan terdapat sedikit perbezaan antara versi drama dan webtoonnya.

Sebelum itu, mari kita baca ringkasan plot drama siri Moving ini sebelum mula membaca versi webtoonnya ya!

Webtoon moving

Moving tampilkan kisah individu-individu yang ada kebolehan. Mengisahkan tentang Kim Bong Seok, Jang Hui Soo, dan Lee Gang Hoon yang bersekolah di Sekolah Menengah Jeongwon. Ternyata ketiga-tiga orang pelajar ini mempunyai kekuatan luar biasa yang diwarisi daripada ibu bapa masing-masing.

Jang Ju Won, ayah kepada Hui Soo, dan Lee Mi Hyun dan Kim Doo Sik, ibu dan ayah Bong Seok adalah bekas rakan sekerja. NIS menggunakan kekuatan mereka pada tahun 1990 untuk menyelesaikan banyak tugasan rahsia. Lee Mi Hyun dan Jang Ju Won berjaya melindungi anak-anak mereka selama bertahun-tahun. Namun, Frank, seorang pembunuh upahan yang mempunyai kekuatan luar biasa lain datang dan memburu mereka-mereka, adiwira (superhero) yang telah lama bersara.

BACA WEBTOON MOVING SECARA PERCUMA

IMG 9878

KAKAO WEBTOON adalah PERCUMA untuk dimuat turun. KAKAO WEBTOON ialah tapak webtoon di Korea Selatan. Nama tapak ini ialah Daum (Bahasa Korea: 다음), dan ia adalah portal web di Korea Selatan, seperti Naver dan Nate. Daum menawarkan banyak perkhidmatan Internet kepada pengguna web, termasuk e-mel berasaskan web percuma yang popular, perkhidmatan pemesejan, forum, membeli-belah dan berita.

Aplikasi Kakao Webtoon kini tersedia di Korea Selatan, Thailand, Taiwan dan Indonesia dalam bahasa masing-masing. Kakao Entertainment, syarikat yang mengendalikan perkhidmatan webtoon mempunyai rancangan untuk mengeluarkan kandungan yang menyokong bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Jerman.

Berita gembiranya adalah webtoon Moving dengan sarikata Indonesia telah rasmi diterjemahkan oleh KAKAO WEBTOON Studio sejak 31 Januari 2023. Webtoon dengan genre fantasi dan aksi ini telah tamat di episod 45 sejak 21 Julai 2023.

Kini para peminat drama siri Moving boleh membaca kisah para manusia super ini dengan membaca Webtoon Moving di laman sesawang rasmi Kakao Webtoon DI SINI

Jika versi drama mempunyai sejumlah 20 episod, Webtoon Moving pula mempunyai sejumlah 45 episod yang boleh dibaca secara percuma setiap 1 hari sekali.

Sayangnya, Kakao Webtoon masih belum tersedia di Malaysia, namun peminat di Malaysia masih boleh mengakses melalui link yang diberikan diatas tadi ya! Selamat membaca!

Baca lagi: Moving Menampilkan Karakter Utama Webtoon Timing Dalam Episod 16
Baca juga: Kdrama Moving, 5 Perbezaan Nasib Manusia Super Korea Selatan dan Utara