Home Disney+ Moving: 5 Detik Mencemaskan Dijangka Terjadi Pada Ending

Moving: 5 Detik Mencemaskan Dijangka Terjadi Pada Ending

0

Moving akan menayangkan episod terakhirnya pada 20 September 2023 yang akan datang.

Moving berbaki lagi 3 episod dari jumlah semua 20 episod, diharapkan segala misteri yang lama disimpan akan terjawab pada episod terakhirnya nanti.

Penonton setia drama Moving ini juga semakin tidak sabar menunggu. Salah satu sebab adalah kerana ada banyak babak dan detik yang dirasakan akan memberi kejutan yang bukan kepalang. Tambahan pula sudah ada babak peperangan di depan mata. Apakah babak dan detik-detik itu?

 

1. Berkumpulnya semua pemilik kuasa supernatural di Korea Selatan

211348e6 7dfc 4242 b815 dd6c4a45918dPada akhir episod 17, beberapa pemilik kuasa luar biasa sudah berkumpul di Sekolah Menengah Jeongwon. Seperti Lee Mi Hyun (Han Hyo Joo), Jang Joo Won (Ryu Seung Ryong), dan Lee Kang Hoon (Kim Do Hoon). Lee Jae Man (Kim Sung Kyun) juga turut menyusul untuk melindungi anaknya.
Mereka sudah mula mengaktifkan mode bertarung, kerana musuh mula menyerang. Ini menjadi detik yang paling ditunggu-tunggu oleh para penonton setia. Ketika semua pemilik kuasa super berkumpul dan memperlihatkan kuasa mereka habis-habisan.

 

2. Pertarungan pemilik kuasa sepernatural antara Korea Selatan dengan Korea Utara

7fb42494 9fe1 40eb aa5c 385c240ffa3dPertarungan antara pemilik kuasa supernatural Korea Selatan dengan Korea Utara sudah di depan mata. Tidak ada yang dapat meneka bagaimanakah pengakhirannya kerana kedua-dua pihak memiliki kekuatan super yang hebat. Bahkan, Korea Utara dilihat lebih ganas apabila bertarung.

Lalu, bagaimanakah dengan Korea Selatan? Adakah mereka mampu untuk melawan dengan menyatukan kekuatan yang dimiliki oleh semua manusia super? Hasil dari pertarungan ini akan menentukan bagaimanakah nasib anak muda generasi baru yang telah lama diintai.

Baca juga: Moving: 4 Persoalan Membuatkan Penonton Keliru Menjelang Episod Akhir


3. Anak muda generasi baru diuji kehebatan akan kekuatan yang mereka miliki

192c5ef9 7a95 4932 86e3 8cd1eeee9d30Jika selama ini setiap anak muda yang memiliki kuasa super disuruh untuk menyembunyikan kekuatan mereka. Maka, episod terakhir mereka dipaksa untuk mengeluarkan semua kuasa dan kebolehan. Musuh sudah menyerang, sehingga mereka pelu menggunakan kekuatan yang masih belum sempat dilatih.

Penonton akan mengetahui betapa hebatnya kuasa dan ketangkasan Lee Kang Hoon, betapa pantasnya Jang Hee Soo (Go Yoon Jung) untuk pulih, dan betapa hebatnya Kim Bong Seok (Lee Jung Ha) mengendalikan kuasa terbangnya. Adakah lebih hebat dari ibu bapa mereka?

 

4. Pengakhiran projek ASNP dan nasib mereka

7be985a6 e5d8 41f0 a5ed b69f95bfd114Kedatangan pengintip Korea Utara tidak dapat dicegah oleh ASNP. Rancangan mereka untuk mengumpulkan generasi baru, pemilik kuasa super, melalui projek N.T.D.P. mula diketahui. Lalu, adakah projek ini boleh diteruskan sedangkan Korea Utara ingin mengambilnya?

Konflik antara ASNP dan Korea Utara juga menjadi detik yang sukar untuk dijangka. Tindakan ASNP menimbulkan banyak teori dari penonton, hingga tidak sabar-sabar untuk menemui jawapannya pada episod akhir.

 

5. Kembalinya Kim Doo Shik (Jo In Sung) dan apakah yang berlaku padanya selama ini

MovingKorea Utara menyatakan alasan mereka marah dan datang ke Korea Selatan adalah kerana Kim Doo Shik. Dari fakta ini diketahui bahawa Kim Doo Shik masih hidup dan menjalankan sebuah misi. Namun, misi apakah yang membuatkan Korea Utara begitu emosi?

Tentu, kembalinya Kim Doo Shik dengan penjelasan tentang apakah yang dia lakukan selama ini menjadi misteri yang ditunggu huraian jawapannya oleh para penonton. Detik ketika dia berkumpul bersama keluarga kecilnya juga menjadi dambaan untuk disaksikan. Adakah bakal terjadi semua detik ini?

Semua misteri dan detik yang paling ditunggu-tunggu ini akan terjawap pada baki 3 episod Moving yang akan ditayangkan minggu ini. Makin tidak sabar menunggu pertarungan akhir nanti!

Baca lagi: Kang Full: Ending Moving Berbeza Dari Webtoon, Mungkin Ada Musim 2
Baca juga: Baca Webtoon Moving Episod Penuh 1-45 Kisah Manusia Dengan Kekuatan Super
Baca lagi: Moving Menampilkan Karakter Utama Webtoon Timing Dalam Episod 16