Home Artis Korea Kang Full: Ending Moving Berbeza Dari Webtoon, Mungkin Ada Musim 2

Kang Full: Ending Moving Berbeza Dari Webtoon, Mungkin Ada Musim 2

0

Drama siri Moving yang kini sedang trending berkemungkinan akan berlanjutan ke beberapa musim baru! Mengejutkan apabila Kang Full, penulis webtoon dan drama ini mendedahkan kemungkinan tersebut baru-baru ini.

Selain bercakap tentang kemungkinan adanya musim baru, Kang Full juga telah membocorkan sedikit tentang ending (episod akhir) Moving yang akan ditayangkan pada hari Rabu depan. Pasti para peminat dan penonton setia sudah semakin tidak sabar bukan?

Apakah kenyataan dan komen penulis berbakat besar ini agaknya ya?

 

1. Kemungkinan akan ada Moving musim ke 2

10b809b9 2276 4896 a58d 58c2214f6067Dalam temu bual bersama Kang Full di saluran YouTube MMTG, Kang Full mengatakan bahawa drama siri Moving ini berasal dari drama yang sudah mempunyai cerita yang panjang di webtoon karyanya sendiri. Jadi, kemungkinan untuk musim baru selalu ada.

” Versi Webtoon sudah mempunyai cerita sebelum dan selepas (apa yang terjadi dalam versi drama). Saya rasa ada kemungkinan (banyak musim), tapi belum pasti,” katanya dalam video yang disiarkan pada Kamis, 14 September 2023.

 

2. Bocorkan sedikit episod akhir drama siri Moving

MovingBerkaitan ending (episod akhir) yang sangat dinanti-nantikan oleh ramai peminat dan penonton setia, Kang Full juga memberi sedikit bayangan yang membuatkan ramai peminat makin tidak senang duduk. Tanpa spoiler, penulis ini mengatakan bahawa ending Moving akan berbeza dari versi webtoon, dah versi drama kali ini pasti memberi kelainan.

“Tiga kisah akan diceritakan sekaligus. Ketiga-tiganya merupakan cerita yang pasti memberikan kejutan. Ending untuk beberapa bahagian akan berbeza dari versi asal dan saya rasa, ending seperti itulah yang para penonton inginkan,” ujar Kang Full.

 

3. Ending drama Moving akan tayang pada 20 September

Kang fullMoving akan menyiarkan tiga episod terakhirnya pada Rabu, 20 September 2023. Episod sebelum ini telah meninggalkan rasa ketegangan, bahkan pertarungan antara para manusia super Korea Selatan dan juga Korea Utara.

Jika merujuk pada webtoon asal, Kim Doo Sik diceritakan akan kehilangan sebelah kakinya dan Jang Ju Won kehilangan sebelah matanya. Bagaimanakah penamat versi dramanya pula nanti? Memandangkan Kang Full membuat sedikit perbezaan untuk versi drama ini. Kita tunggu sahaja ya!

Baca lagi: Moving: 7 Bukti Choi Il Hwan Lebih Berpihak Kepada Pelajarnya Berbanding ASNP
Baca juga: Moving Menampilkan Karakter Utama Webtoon Timing Dalam Episod 16