Home Disney+ Moving: 7 Bukti Choi Il Hwan Lebih Berpihak Kepada Pelajarnya Berbanding ASNP

Moving: 7 Bukti Choi Il Hwan Lebih Berpihak Kepada Pelajarnya Berbanding ASNP

0

Drama siri Moving (2023) akhirnya telah mendedahkan identiti dan latar belakang guru sukan yang sangat rapat dengan pelajar-pelajarnya di Sekolah Menengah Jeongwon iaitu Cikgu Choi Il Hwan pada pada episod 16 dan 17 yang lalu.

Rupa-rupanya, Cho Il Hwan merupakan salah seorang ejen risikan rahsia yang diberi kepercayaan untuk menjalankan Projek Pengembangan Bakat Nasional (NTDP). Ini merupakan misi yang dicetuskan oleh Jo Rae Hyuk untuk mengawasi anak-anak dari keturunan manusia super yang mempunyai kuasa istimewa dan luar biasa.

Di Sekolah Menengah Jeongwon, Cikgu Choi Il Hwan bertugas memberikan penilaian dan markah atas kelayakan pelajar-pelajar tersebut yang bakal berpotensi menjadi ejen ANSP. Walaupun Choi Il Hwan bekerja untuk organisasi, dia nampak lebih mementingkan dan berpihak kepada anak didiknya.

Mengapakah dia bersikap demikian? Jom sama-sama kita lihat ulasan berikut ini.

 

 

Choi il hwan1. Choi Il Hwan bukan manusia super, tetapi Min Yong Jun memasukkannya ke dalam Black Team kerana dia mahu mengambil kesempatan ke atas lelaki tersebut

 

 

99a89c9e 65f9 4c18 b5bd da1c4c7d58092. Tambahan pula, dia ingin memihak kepada Jang Ju Won (Ryu Seung-ryong) yang diketahui pernah membantu rakan-rakan tenteranya ketika bertugas di lapangan untuk operasi berbahaya

 

 

7e494c72 9c28 43e3 b68a 5bb542251569 13. Choi Il Hwan juga turut jatuh hati dan juga lembut hati apabila melihat ketulusan dan kebaikan anak-anak didik kepadanya

 

e94a340f f7ad 46e5 aaaf 8d5b1f45f8db 1

4. Choi Il Hwan menolak ketika Yoon Sung Wook datang sebagai pembantunya. Dia bertegas bahawa dia akan menguruskan anak didiknya sendiri

 

 

490b38c9 36de 4264 921e 383c1ac53eea 15. Ini juga kelihatan ketara ketika Choi Il Hwan tidak memberi kebenaran kepada Yoon Sung Wook untuk melakukan penilaian terhadap anak-anak keturunan manusia super

 

 

IMG 50406. Walaupun nyawanya terancam, Choi Il Hwan tidak memberikan senarai nama anak-anak dari manusia super kepada pengintip Korea Utara

 

 

Moving7. Dia tetap melindungi Bang Ki Soo dengan memeluknya ketika diacu pistol oleh pihak lawan

 

Wataknya memang banyak menyimpan tanda tanya dan persoalan di awal episod. Namun, beberapa perkara mula terjawab menjelang episod akhir Moving. Jadi, adakah Choi Il Hwan akan melindungi anak didiknya hingga ke akhir?

Jawapannya ada pada 3 episod terakhir yang akan ditayangkan pada hari Rabu, 20 September 2023 yang akan datang di Disney+ ya! Jangan lupa tonton!

Baca lagi: 3 Teori tentang Yang Se Eun, Anak Naju Yang Dijangka Masih Hidup Dalam Moving
Baca juga: Moving Menampilkan Karakter Utama Webtoon Timing Dalam Episod 16