Home Entertainment 3 Teori tentang Yang Se Eun, Anak Naju Yang Dijangka Masih Hidup...

3 Teori tentang Yang Se Eun, Anak Naju Yang Dijangka Masih Hidup Dalam Moving

0

Drama siri Moving menampilkan watak-watak baru yang mempunyai kuasa luar biasa pada episod 16.

Watak itu adalah Yang Se Eun (Lee Ho-jung) yang merupakan anak kepada Naju (Kim Guk Hee) yang telah mati dibunuh oleh Frank (Ryu Seung Beom) pada awal episod. Anak Naju mewarisi kuasa super dari Ibunya.

Yang Se Eun mempunyai penglihatan sinar-X dan kekuatan fizikal yang hebat. Yang Se Eun menjadi salah satu harapan dalam generasi baru manusia berkuasa luar biasa.

Namun di mana Yang Se Eun sekarang? Jom sama-sama kita lihat penjelasan di bawah ini!

1. Asal usul dan identiti Yang Se Eun

MovingPada episod 16, Yang Se Eun diperkenalkan sebagai pelajar biasa yang masuk ke Sekolah Menengah Jeongwon. Sebagai murid baru, dia berjaya menarik perhatian cikgu Choi Ilhwan (Kim Hee Won). Dia memperlihatkan tubuh tinggi dan kemampuan fizikalnya yang luar biasa.

Semakin lama, kebolehan Se Eun semakin terserlah. Dia juga memiliki kuasa penglihatan sinar-X yang dapat melihat apa-apa sahaja yang tersembunyi. Setelah disiasat, ternyata dia adalah anak kepada Naju yang dahulunya adalah anggota NIS bersama Jang Joo Won (Ryu Seung Ryong).

2. Hubungannya dengan Cikgu Choi Ilhwan

NajuChoi Ilhwan adalah guru kelas Se Eun yang menunjukkan perhatian dan keprihatinan terhadap Yang Se Eun. Sehingga dengan mudah Choi Ilhwan mendapatkan kepercayaan Se Eun dan mengetahui rahsia kuasanya. Hubungan mereka begitu baik hingga Choi Ilhwan merasa misinya akan selesai.

Namun kematian Se Eun akibat kanser yang telah dideritainya menjadi pukulan besar bagi Choi Ilhwan. Dia menyalahkan dirinya kerana menjadi guru yang tidak sempurna dan tidak mempedulikan pelajarnya. Semenjak kematian Se Eun, Choi Ilhwan fokus menjadi guru yang lebih baik dan mengabaikan misi yang sebelum ini dikejarnya.

 

3. Disyaki kematiannya telah dipalsukan oleh Ibunya

Yang Se EunSalah satu babak dalam episod 16, memperlihatkan Yang Se Eun yang sedang berlawan mulut dengan Naju. Naju mengatakan bahawa dia akan selalu melindungi Se Eun. Dia pastinya telah mengetahui rancangan NIS dan melakukan pemalsuan kematian Se Eun. Fakta ini semakin terbukti jika penonton mengulang kembali episod 5.

Episod 5 memperlihatkan kematian Naju dan kehadiran anak-anak angkat yang dibelanya. Disebutkan Naju hanya mempunyai anak angkat kerana anak kandungnya telah meninggal dunia. Namun penonton dapat melihat sekilas Yang Se Eun yang muncul di rumah berkabung.

Telah lama bersembunyi supaya tidak diambil kesempatan oleh NIS dan pihak-pihak yang berniat jahat, adakah pada akhir episod Se Eun akan muncul dan membantu manusia berkuasa luar biasa yang lain?

Kita nantikan 3 episod akhir pada 20 September ini ya!

Baca lagi: Moving Menampilkan Karakter Utama Webtoon Timing Dalam Episod 16
Baca juga: Baca Webtoon Moving Episod Penuh 1-45 Kisah Manusia Dengan Kekuatan Super