Home New Post “Saya yang salah sebab pertahankan rezeki ini, jangan babitkan ibu bapa saya…”...

“Saya yang salah sebab pertahankan rezeki ini, jangan babitkan ibu bapa saya…” – Kieda Crepe

0

Influencer media sosial, Kieda Crepe, kembali menjadi bualan warganet selepas Ustaz Azhar Idrus tampil bersuara berhubung isu sistem ‘support vendor’ yang didakwa seolah-olah memaksa pelanggan untuk membeli barangan yang bukan mereka mahu.

Dalam pada itu, Kieda dikecam hebat oleh warganet ketika mengadakan siaran langsung di aplikasi Tiktok. Apa yang lebih menyakitkan apabila ada netizen yang memetik arwah bapa Kieda yang telah meninggal dunia pada Julai lalu.

Baca lagi: Dipaksa “Acah-Acah” Solat dan Mengaji Demi ‘Content’, sekali Mondy Dedah Kelakuan Ebit Lew

Baca lagi: Anak Pendarahan Mata Kanan Selepas Dipukul Ustaz, Sekali Ini Respon Si Bapa

Tanpa berasa simpati, individu tersebut yang dikenali dengan nama “Damnit” itu telah meninggalkan komen yang agak melampau dan sangat berbau kurang menyenangkan.

kieda

“Patut Allah bagi meninggal ayah dia. Itu pun tak mau ubah lagi…” – Damnit

“Nak tunggu siapa lagi meninggal? Baru nak ubah mulut dan sikap…” – Katanya lagi

Sementara itu, pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra meluahkan rasa terkilan dan sedih dengan tindakan Damnit. Kata ibu kepada dua cahaya mata ini, dirinya yang harus dipersalahkan dalam kemelut ini bukan kedua orang tuanya.

“Jangan la main bab mama abah saya. Saya yang salah pertahankan rezeki ini. Jangan babitkan orang tua saya.vHati saya masih sakit hilang abah. Jangan buat saya macam ini disebabkan benda makan saja…” – Kieda

Terdahulu, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum memaksa pelanggan membeli barangan yang tidak diingini mereka adalah tidak sah di sisi agama Islam kerana membebankan pembeli.

Lihat klip video di bawah:

@kiedacrepe Tak mati dikeji , tak hidup di puji 🫰🏻 Semoga kieda yang selalu dihina, dipandang rendah, bahkan tidak dihargai, suatu hari nanti akan jadi orang yang berjaya. Aamiin 🤲🏻 #kiedacrepe ♬ bunyi asal – KiedAmy

Sumber: TikTok

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.