Dalam salah satu konsertnya yang bertempat di Filipina, G-Dragon pernah menggemparkan peminatnya.

GD17 MANILA 12

Dia meluahkan sesuatu kepada Sandara Park, bekas anggota kumpulan 2NE1 di atas pentas depan para penonton yang menghidu something fishy, bau-bau ikan di antara dua penyanyi K-Pop terkenal pada ketika itu.

g dragon and sandara park

“Dia noona (kakak/ perempuan lebih berusia) saya, tapi dia masih sangat cantik kan? Saya tidak pernah mengatakannya sebelum ini tapi…” kata pelantun lagu ‘Heartbreaker’ tersekat-sekat kerana gugup.

Pengakuan manis G-Dragon (G-D) kepada bintang tamunya itu membuatkan penonton bersorak sehingga tenggelam suara G-D nak cakap apa.

DKjKydPVYAAQBmE

Mendengar hal itu, Sandara pun kelihatan tersipu-sipu sambil tertawa. “Ya ke?” tanya Sandara kepada leader Big Bang tersebut.

Pertanyaan Dara (nama manja Sandara) membuatkan pemilik nama asal Kwon Ji Young itu semakin malu-malu.

Bagaimanapun ini cerita tahun 2017 dan Dara menafikan mereka bercinta malah menganggap dan meletakkan ketua kumpulan Big Bang waktu itu di family-zone.

gdara

Terkini tahun 2021, G-Dragon dilaporkan bercinta dengan Jennie Blackpink. Meskipun tidak diumumkan secara rasmi, satu agensi sudah tahu dan bukan lagi rahsia menurut beberapa sumber media.

Sumber: [1],[2],[3]

Previous articleDi Pulau Nami, Ada Satu Tempat Nama Langkami
Next articleLee Kwang Soo Kompelin Tiada Pendapatan Tetap Selepas Keluar Running Man