Pulau Nami atau Namiseom merupakan sebuah pulau kecil berbentuk separuh bulan yang terletak di Chuncheon, Wilayah Gangwon, Korea Selatan. Ia terbentuk di tengah Sungai Han hasil pembinaan empangan.

29 015
Sumber gambar: Adventure Korea

Pulau yang sinonim dengan ‘Winter Sonata’ ini mempunyai jejak drama romantis di setiap tempat termasuk patung dan replika orang salji yang dibina Jun-Sang dan Yu-Jin dalam cerita berkenaan.

winter sonata nami
Sumber gambar: Living + Nomads
Nami island 4
Sumber gambar: Korea Tour Information

Selain tarikan itu, tempat ini juga terlukis indah dengan setiap warna empat musim berbeza. Bayangkan anda berjalan-jalan di Metaseqouia Lane ini, bersatu dengan segenap elemen alam di Pulau Nami.

Pulau Nami
Sumber gambar: Follow Lau

Pulau Nami dinamakan sempena Jeneral Nam Yi yang dihukum mati pada usia 28 tahun kerana tersalah dituduh sebagai pengkhianat semasa pemerintahan Raja Sejo, Raja ke-7 Dinasti Joseon. Jeneral tersebut dikatakan dikebumikan di sana namun kuburnya tidak pernah ditemui.

Pada tahun 2006, Namiseom diisytiharkan ‘kemerdekaan budaya’ dari Korea Selatan dan membentuk negara mikro yang dikenali sebagai Republik Naminara. Ia ada passport, setem dan mata wang sendiri!

Menurut penulis dan pengembara Azzah AR dalam laman Have Halal Will Travel, terdapat sebuah kawasan yang dipanggil Langkami dan merupakan projek hasil kerjasama antara Pulau Langkawi, Malaysia dan Pulau Nami.

14707900 1822955177919252 7472251128430016564 o
Sumber gambar: Nota Perempuan Backpacker

Ia adalah sebuah bilik khas untuk penulis dan pelukis tersohor Malaysia iaitu Yusof Gajah. Beliau sebenarnya telah diiktiraf sebagai warganegara Nami Island bertaraf VIP, jadi jangan terkejut kenapa wujudnya bilik ini dan menjadi salah sebuah tempat menarik untuk anda lawati di Pulau Nami.

14615807 1822955167919253 6753382652640489429 o
Sumber gambar: Nota Perempuan Backpacker

Dalam satu wawancara dengan Korea Joong Ang Daily, Korea merupakan rumah ketiga seniman tersebut selepas Malaysia dan Indonesia. Bila tak sibuk dengan kerja penulisan dan seni, beliau sering kelihatan di Pulau Nami dan pernah beberapa kali mengadakan pameran di sana.

Sumber: [1], [2], [3], [4]

Previous articleAhli Bina Badan Ini Dakwa Tubuh Sasa Kim Jong Kook Nampak Lain Macam, Bukan Natural
Next articleMomen Manis G-Dragon Gugup Nak Luah Sesuatu Kepada Sandara