Home Entertainment Ahli Bina Badan Ini Dakwa Tubuh Sasa Kim Jong Kook Nampak Lain...

Ahli Bina Badan Ini Dakwa Tubuh Sasa Kim Jong Kook Nampak Lain Macam, Bukan Natural

0

Kim Jong-kook kini diikuti dua juta lebih pelanggan (subscribers) selepas beberapa bulan melancarkan saluran ‘Gym Jong Kook’ di YouTube.

Umum mengetahui bintang Running Man yang turut digelar Sparta dan Tiger ini bertubuh sasa dan kuat serta dikatakan suka melepak di gimnasium.

1287431

Namun dalam ramai-ramai pengikut dan penonton videonya, Greg Doucette, seorang ahli bina badan yang juga YouTuber niche kecergasan dari Kanada syak yang Jong-Kook mungkin guna steroid.

greg doucette

Steroid?

Menurut laman Hello Doktor dan Ceria Sihat, difahamkan steroid merupakan ubat-ubatan yang meniru hormon semula jadi dalam tubuh manusia khususnya testosteron yang banyak dalam ciri-ciri lelaki. Jenis steroid yang biasa digunakan untuk membina otot dan jadi kuat adalah jenis steroid anabolic.

fitness g01ce15941 1280

Berdasarkan portal Iluminasi, atlet biasanya ambil steroid jenis tersebut bukan saja untuk buat otot besar berketul-ketul tetapi juga mengurangkan kerosakan otot semasa senaman intensif dan boleh bersenam lagi dengan lebih keras dan kerap.

Kesan sampingannya boleh dilihat pada kesihatan, seks dan umur, apa yang haram dan bahayanya adalah jenis sintetik dan drug yang tidak diluluskan oleh badan perubatan.

Apa Rahsia Jong Kook Sado?

Berbalik ke cerita Jong Kook tadi, dalam video bertajuk ‘Kim Jung Kook || Natty or Not’ yang disiarkan pada 31 Oktober, jurulatih kecergasan berkenaan menuduh Kim menyalahgunakan steroid berserta dakwaan adalah mustahil untuk se-sado Kim pada usia 45 tahun.

YouTuber itu turut menambah bahawa seseorang seusia Kim biasanya tidak mempunyai tahap testosteron seperti yang ditunjukkan oleh fizikal penyanyi dan penghibur itu.

529d01716c18d296a2b534107831e529

Bagaimanapun kata Kim Jong Kook dalam videonya di YouTube dalam laporan The Korea Herald:

“Usaha dan mentaliti yang berterusan boleh buat anda capai tahap testosteron 9.24. Boleh je nak turunkan, dah dua tahun berlalu ni. Siapa-siapa pun mungkin boleh buat. Saya rasa saya patut bangga dengan hasil ni, ia nampaknya sesuatu yang luar biasa. Semoga berjaya semua!” kongsi Jong Kook.

Nampaknya tuduhan Greg Doucette itu terpantul kepada dirinya balik apabila beberapa netizen mengecam dakwaan YouTuber Kanada itu:

“Sementara itu, Greg sendiri berusia 46 tahun dan kelihatan lebih besar daripada KJK dengan cara yang lain macam.”

“Aku rasa kau patut berlatih dengan KJK dan kutip beberapa petua daripadanya.”

Perkembangan karier terkini Kim adalah dia dijadualkan untuk muncul di platform penstriman baharu Korea Disney+, yang akan menyiarkan “Outrun by Running Man,” spin-off daripada rancangan aneka ragam SBS yang popular itu.

Sumber: [1], [2], [3], [4],[5]