Home Entertainment Lee Kwang Soo Kompelin Tiada Pendapatan Tetap Selepas Keluar Running Man

Lee Kwang Soo Kompelin Tiada Pendapatan Tetap Selepas Keluar Running Man

0

Pelakon Lee Kwang Soo dengan comelnya mengeluh tiada pendapatan tetap selepas berundur daripada ‘Running Man’, lapor SBS.

Dalam rancangan televisyen siaran MBC ‘Hang Out with Yoo’, kelihatan Yu Jae Seok berbual Lee Kwang Soo dalam telefon.

Selepas menerima misi daripada pasukan produksi untuk membelanjakan 200,000 won (kira-kira 168 dolar) di pusat membeli-belah dalam masa sejam, Jae Seok menelefon orang yang dikenalinya bagi meminjam 200,000 won untuk suka-suka.

201607579 1280

Mula-mula, Jae Seok menelefon pelawak Cho Sae-ho yang memberitahunya, “Aku tak boleh nak log masuk ke apps bank sebab password error.”

Tambahnya lagi, “Bukan aku tak nak bagi kau pinjam duit, tapi memang tak boleh. Kalau aku ada kat sebelah kau, lama dah bagi cash. Nak lebih cepat try tanya orang lain lah…”

Lalu Jae Seok pun dial nombor telefon Lee Kwang Soo untuk tengok sanggup tak bagi pinjam duit.

201607576 1280

 

Sebaik sahaja Kwang Soo mengangkat panggilannya, Jae Seok cuma berkata, “Hei, aku nak pinjam 200,000 won.”

Lee Kwang Soo segera menjawab, “Kau tahu apa? Income aku telur ayam (kosong) bulan lepas. Satu won pun tak masuk dalam akaun bank aku.”

“Ini kali pertama aku tak ada pendapatan lepas 10 tahun!” sambung Kwang Soo dengan suara kuat. (Kwang Soo tinggalkan rancangan SBS selepas 10 tahun berlari-lari dalam Running Man.)

Jae Seok balas, ” Jadi, kau nak cakap kau tak boleh bagi pinjam duit kat aku lah ni?”

Kwang Soo ketawa seraya berkata, “Hyung, aku betul-betul tak ada income bulan lepas. Aku tak ada duit…”