Home Filem Indonesia/Melayu Drama Melayu “Mitos Cinta Akira” Bawa Gelombang Emosi dalam Kisah Cinta Remaja di Viu

“Mitos Cinta Akira” Bawa Gelombang Emosi dalam Kisah Cinta Remaja di Viu

0

Bila ditanya, “Siapakah cinta pertamamu?”, pasti matamu akan bersinar-sinar seperti seorang remaja yang sedang mengalami gelora cinta pertama. Dalam drama, kisah cinta pertama sering membawa kita ke dalam perjalanan emosi yang mendalam. Dari konflik kecil hinggalah halangan besar, drama-drama ini mengajar kita tentang erti sebenar cinta, pengorbanan, dan keberanian menghadapi takdir.

Terbaru, Viu kembali dengan drama cinta remaja berjudul “Mitos Cinta Akira” yang dijangka mencuri perhatian penonton apabila mula bersiaran mulai 26 Jun 2025. Drama 15 episod ini akan ditayangkan pada setiap hari Khamis dan Jumaat di platform Viu.

Mitos Cinta Akira” menampilkan gandingan pelakon muda berbakat Arabella Ellen, Muaz Zabir dan Areef Amran. Drama ini turut menampilkan pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Haneesya Hanee, Kazar Saisi, Lisdawati, Mia Nasir, Syamsul Ghau Ghau, Mas Anizan, Rosnah Johari dan Rahim Omar.

Di bawah arahan pengarah terkenal, Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Global Film Station, “Mitos Cinta Akira” membawa penonton menyelami dilema dan pengorbanan dalam hubungan cinta yang diuji oleh masa, jarak dan kepercayaan.

Mitos Cinta Akira” ini mengisahkan tentang dua remaja, Akira dan Haris yang jatuh cinta sejak di bangku sekolah walaupun mereka mempunyai latar belakang yang berbeza, dengan reputasi ‘bad boy’ Haris. Haris menyuarakan hasratnya untuk mengahwini Akira selepas tamat pengajian, tetapi Akira tidak bersedia lagi kerana percaya mereka terlalu muda.

Mitos cinta akira

Akira juga harus berdepan dengan tekanan keluarga dan beban pelajaran. Kematian bapanya memaksa Akira menangguhkan pelajarannya untuk menjaga ibunya, manakala Haris pergi ke universiti. Cabaran hubungan jarak jauh mula merenggangkan hubungan mereka.

Satu hari, berlaku satu insiden sehingga ia memisahkan mereka. Akira patah hati dan tenggelam dalam kekecewaan, Haris pula menghilang tanpa sebarang khabar.

IMG 9049

Bertahun-tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula. Namun segalanya sudah berubah. Akira dahulunya patah hati telah membina semula kehidupannya. Di sepanjang proses itu, sahabat baik Haris iaitu Ikhwan muncul dalam hidup Akira, menyambut dan membantu mengubati luka lama Akira.

Tatkala Akira mula membina keyakinan dirinya semula, Akira harus berhadapan dengan pilihan paling sukar. Akira harus memilih sama ada memberikan peluang kedua cinta pertama yang pernah menghancurkannya atau cinta lelaki yang telah membinanya semula.

IMG 9048

Mitos Cinta Akira” bukan sekadar drama cinta remaja biasa. Ia bakal membawa penonton menyelusuri sebuah perjalanan emosi tentang kehilangan, kepercayaan, dan harapan yang mungkin masih ada di penghujung luka. Jangan lepaskan tayangannya di Viu ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Melayu tanpa sebarang gangguan iklan!

Baca lagi: “Tiada Seperti Leyla”, Bila Musuh Ketat Zaman Sekolah Jadi Boss Di Tempat Kerja
Baca juga: Drama Pabila Dia Tersenyum Minggu Akhir – Happy Ending Atau Ada Plot Twist?
Baca lagi: Bukan Sekadar Drama Komedi Biasa, “Oh My Ghost Clients” Kisah Peguam Menyelesaikan Kes Hantu
Baca juga: Cinta Novel Jadi Realiti, Taecyeon 2PM jadi Pujaan Ramai dalam “The First Night With The Duke”