Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Cinta Novel Jadi Realiti, Taecyeon 2PM jadi Pujaan Ramai dalam “The First...

Cinta Novel Jadi Realiti, Taecyeon 2PM jadi Pujaan Ramai dalam “The First Night With The Duke”

0

The First Night With The Duke merupakan drama bersiri terbaharu yang bakal menampilkan gandingan menarik antara Seohyun (SNSD) dan Taecyeon (2PM) sebagai teraju utama. Drama ini amat dinanti-nantikan oleh para peminat memandangkan ia merupakan adaptasi daripada novel web terkenal yang mengetengahkan genre fantasi romantik.

First night with the duke

Apa yang menjadikan jalan cerita ini begitu istimewa ialah premisnya yang unik, berpusat pada seorang mahasiswi biasa yang secara tiba-tiba jiwanya berpindah ke dalam dunia novel sejarah kegemarannya.

Sementara menunggu tayangannya yang anda boleh strim di Viu pada 12 Jun ini, mari kenali watak-watak utama yang bakal mencorakkan jalan cerita drama ini.

 

1. Seohyun sebagai Cha Sun Chaek

IMG 7564 scaled

Seohyun membawakan watak seorang mahasiswi yang secara ajaib terperangkap dalam dunia novel. Jiwanya mengambil alih tubuh Cha Sun Chaek, seorang gadis bangsawan yang mendambakan kehidupan yang aman dan sederhana. Namun, segalanya berubah apabila dia tanpa sengaja menghabiskan satu malam bersama Lee Beon, watak utama lelaki dalam novel tersebut.

 

2. Taecyeon sebagai Lee Beon

IMG 7563 scaled

Taecyeon kembali menghiasi drama berlatarkan sejarah menerusi watak Lee Beon, putera diraja yang mempunyai perwatakan dingin, menawan serta mahir dalam seni mempertahankan diri. Di sebalik wajah tenangnya, Lee Beon menyimpan kisah silam yang menyayat hati. Pertemuannya dengan Cha Sun Chaek mengubah haluan takdirnya, walaupun takdir asal novel menentukan dia sepatutnya jatuh cinta dengan Jo Eun Ae.

 

3. Kwon Han Sol sebagai Jo Eun Ae

IMG 7562 scaled

Kwon Han Sol membawa watak Jo Eun Ae, watak asal wanita utama dalam novel tersebut. Berdasarkan cerita asal, Lee Beon seharusnya jatuh cinta dengannya. Namun, kehadiran roh mahasiswi di dalam tubuh Cha Sun Chaek mengganggu alur cerita, menyebabkan cinta Lee Beon kembali berputik terhadap Cha Sun Chaek meskipun ditentang takdir.

 

4. Seo Bum June sebagai Jung Soo Kyeom

IMG 7561 scaled

Pelakon baharu Seo Bum June memegang watak Jung Soo Kyeom, seorang pegawai muda dari keluarga ternama. Selain disegani, beliau juga merupakan satu-satunya sahabat karib Lee Beon dalam istana, menjadikan wataknya penting dalam menyokong perkembangan emosi Lee Beon.

 

5. Ji Hye Won sebagai Do Hwa Sun

IMG 7560 scaled

Ji Hye Won, yang sebelum ini mencuri perhatian dalam Hierarchy (2024), kali ini membintangi watak Do Hwa Sun, seorang wanita bercita-cita tinggi yang sanggup melakukan apa sahaja demi menjadi permaisuri dan bergelar ahli keluarga diraja.

Dengan barisan pelakon yang mantap dan jalan cerita yang penuh kejutan, The First Night With The Duke dijangka mencetuskan fenomena tersendiri apabila mula ditayangkan pada 12 Jun 2025 di platform penstriman Viu nanti! Bersedialah untuk menyelami dunia di mana sempadan antara realiti dan fantasi terhapus!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Korea tanpa sebarang gangguan iklan!

Baca lagi: Episod Akhir “The Haunted Palace”: Misteri Terbongkar dan Bakal Meninggalkan Kesan
Baca juga: Masa Untuk Binge Watch. Jom Layan KDrama Best Bertemakan Perubatan Ini Di Viu