Home Filem Indonesia/Melayu Drama Melayu Drama Pabila Dia Tersenyum Minggu Akhir – Happy Ending Atau Ada Plot...

Drama Pabila Dia Tersenyum Minggu Akhir – Happy Ending Atau Ada Plot Twist?

0

Drama Melayu yang kian popular “Pabila Dia Tersenyum” kini semakin hampir ke penghujung, dan minat penonton terus melonjak ketika drama ini hanya berbaki 3 episod lagi!

Pasti penonton sudah tidak sabar untuk melihat bagaimana kisah mendebarkan ini akan berakhir kan? Adakah happy ending atau sebaliknya

Kalau korang tak pernah tengok drama ni, meh min kongsikan sedikit info tentang drama “Pabila Dia Tersenyum”.

Pabila Dia Tersenyum” merupakan sebuah drama adaptasi novel karya Liza Nur, yang membawa genre romantik dan kekeluargaan.

Penonton pastinya akan tertarik dengan jalan cerita drama ini, selain daripada menampilkan pelakon hebat dan berbakat seperti Amir Ahnaf, Alya Iman, Adam Lee, Marisa Yasmin, Rusdi Ramli dan ramai lagi

Sinopsis

Drama “Pabila Dia Tersenyum” mengisahkan tentang Kisah bermula dengan Elina (Alya Iman), seorang gadis muda yang dibesarkan oleh bapa saudaranya selepas kematian ayahnya dan kehilangan ibunya, Mirah, yang melarikan diri bersama seorang lelaki bernama Imran. Dalam usaha mencari ibunya di Kuala Lumpur, Elina terperangkap dalam dunia gelap yang dikendalikan oleh Imran. Dia diselamatkan oleh Zuhayr (Amir Ahnaf), yang membawanya ke hospital.

Pabila dia tersenyum

Selepas sedar dari koma, Elina mengalami kehilangan ingatan, dan Zuhayr berusaha melindunginya walaupun hanya mengenalinya melalui kad pengenalannya. Kehadiran Daniel (Adam Lee) yang cuba memenangi hati Elina menambah lagi konflik dalam cerita ini. Sedikit demi sedikit, memori Elina mula kembali. Dia semakin curiga tentang identitinya dan mula menyiasat.

Ketika rahsia tentang Mirah dan Imran mulai terbongkar, Elina terpaksa memilih antara masa silam yang menyakitkan atau peluang baru bersama Zuhayr. Sementara itu, Zuhayr mula menyedari perasaannya terhadap Elina, namun memilih untuk menjauh demi kebaikannya.

553

Drama ini memang buat penonton bermain emosi sejak episod pertama lagi. Kisah Elina yang datang ke KL cari mak dia, tapi tiba-tiba terperangkap dalam dunia gelap – memang buat kita rasa geram, sedih dan simpati.

Nasib baik ada Zuhayr, watak “hero penyelamat” yang tenang tapi caring. Bila dia jaga Elina yang hilang ingatan, terus rasa chemistry antara mereka sangat kuat. Sweet sangat tengok cara dia layan Elina walaupun dia sendiri pun banyak masalah dalam keluarga.

Tapi tak semuanya indah – muncul pula Daniel dan ayah Zuhayr yang garang tak tentu hala. Geram tengok perangai sesetengah watak, tapi itulah yang buat drama ni jadi lebih ‘hidup’.

Pendek kata, episod 1 sampai 12 ni penuh dengan drama, air mata, dan babak romantik yang buat hati cair. Sesuai sangat untuk yang suka kisah cinta berliku dengan emosi yang real.

Nak tahu apakah kesudahan drama yang penuh emosi ini, jom strim ‘Pabila Dia Tersenyum‘ minggu terakhir ini di Viu!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai drama melayu tanpa sebarang gangguan iklan!
Baca lagi: Musim Baru, Lebih Gila-Gila. 2 Rancangan Korea Ini Bakal Buat Anda Ketawa Tak Henti
Baca juga: “Way Back Love” Berakhir dengan Rating Tinggi & Menerima Pujian Luas