Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Bukan Sekadar Drama Komedi Biasa, “Oh My Ghost Clients” Kisah Peguam Menyelesaikan...

Bukan Sekadar Drama Komedi Biasa, “Oh My Ghost Clients” Kisah Peguam Menyelesaikan Kes Hantu

0

Menjadi peguam buruh pastinya bertemu dengan ramai pelanggan yang memerlukan khidmatnya, tetapi bagaimana pula jika klien yang dibantunya itu adalah hantu?

Yup! Inilah yang dirasai oleh Jung Kyung Ho dalam drama terbarunya berjudul Oh My Ghost Clients, yang kini boleh anda strim di Viu!

Oh My Ghost Clients menggabungkan fantasi, komedi dan aksi. Ia akan membuat anda ketawa terbahak-bahak dan membuat anda berfikir tentang teori serta teka-teki. Bukan sahaja Jung Kyung Ho, drama ini turut dibintangi oleh pelakon besar lain seperti Seol In Ah, N ‘VIXX’, Tang Joon Sang, dan ramai lagi.

Berikut adalah beberap fakta menarik yang menjadikan “Oh My Ghost Clients” layak untuk senarai tontonan anda!

1. Gabungan Unik Genre Aksi-Komedi dan Fantasi

Oh my ghost clients

Hadir dengan gabungan genre yang jarang ditemui dalam drama Korea lain, Oh My Ghost Clients menggabungkan undang-undang dengan watak peguam, komedi aksi dan unsur ghaib.

Watak Noh Moo Jin (Jung Kyung Ho) membawa penonton ke detik-detik yang tidak masuk akal dan lucu dalam menyelesaikan kes berkaitan hantu. Gabungan genre ini menjadikan drama ini menawarkan ketegangan penyelesaian kes, interaksi jenaka dengan hantu dan sentuhan emosi yang bukan sahaja menghiburkan malah mempunyai kisah mendalam di dalamnya.

2. Konsep Unik: Peguam Yang Membantu Hantu Menyelesaikan Masalah Pekerjaan

IMG 8089 scaled

Selepas mengalami sesuatu yang membawa kepada kematiannya, watak Noh Moo Jin (Jung Kyung Ho) sebagai peguam pekerjaan tiba-tiba boleh berkomunikasi dengan hantu.

Tidak sangka, dengan konsep unik peguam yang boleh melihat hantu, drama Oh My Ghost Clients mempunyai premis yang unik dan berbeza.

Hantu bukan sebarangan hantu, watak Noh Moo Jin akan berkomunikasi dengan roh pekerja yang belum menyelesaikan masalah pekerjaan mereka untuk meminta bantuan guaman.

3. Karya Penulis dan Pengarah Terkenal

IMG 8100 scaled

Bukan sahaja dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Jung Kyung Ho, Seol In Ah dan Cha Hak Yeon, Oh My Ghost Clients merupakan drama karya Kim Bo Tong, seorang penulis yang terkenal dengan drama popular berjudul DP. Selain itu, berkolaborasi dengan pengarah Yim Soon Rye yang terkenal dengan karyanya seperti Little Forest.

Gabungan ini menjanjikan kualiti dalam membangkitkan isu sosial pekerjaan dan undang-undang sedia ada. Penulis dan pengarah mempersembahkan pendekatan sinematik yang bukan sahaja menghiburkan malah menawarkan cerita yang bermakna dan mendalam.

4. “Teamwork” Yang Padu dan Handal

IMG 8093 scaled

Selain gabungan genre yang unik, Oh My Ghost Clients turut mengetengahkan tema kerja berpasukan yang mantap. Kehadiran Seol In Ah yang memegang watak sebagai Na Hee Joo, adik ipar Noh Moo Jin dan Cha Hak Yeon sebagai Go Kyun Woo, seorang pencipta kandungan sebagai ahli pasukan yang sentiasa memberi sokongan padu.

Mempunyai latar belakang dan personaliti berbeza, tiga watak utama dalam drama Oh My Ghost Clients membentuk sebuah pasukan handal yang bersatu dengan satu matlamat iaitu membantu si mati yang resah mendapatkan keadilan.

5. Pertukaran Tajuk daripada Peguam Buruh Noh Moo Jin

IMG 8095 scaled

Drama Oh My Ghost Clients sebelum ini diberi tajuk Labour Attorney Noh Moo Jin yang kemudiannya ditukar, kerana tajuk awalnya secara langsung merujuk kepada profesion watak utama dan fokus cerita berkaitan undang-undang buruh. Untuk menepati rasa komedi dan unsur-unsur ghaib, drama itu menukar tajuknya kepada Oh My Ghost Clients.

Tajuk semasa bukan sahaja kedengaran lebih menarik dan diingati, malah memaparkan kesan konsep dan genre drama yang lebih unik. Perubahan tajuk ini juga menandakan drama ini bukan sekadar drama undang-undang biasa, tetapi hiburan segar!

Jika anda sukakan drama yang penuh dengan teori dan teka-teki tetapi masih sangat ringan untuk ditonton, pasti anda akan menyukai drama ini. Lebih-lebih lagi, ini adalah sejenis drama yang mempunyai kes berbeza dalam setiap episod yang pastinya tidak akan membuatkan anda bosan ketika menonton.

Sudah ditayangkan sejak 30 Mei 2025. Jangan ketinggalan strim dan menontonnya setiap Jumaat dan Sabtu di Viu ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Korea tanpa sebarang gangguan iklan!

Baca lagi: Cinta Novel Jadi Realiti, Taecyeon 2PM jadi Pujaan Ramai dalam “The First Night With The Duke”
Baca juga: Drama Pabila Dia Tersenyum Minggu Akhir – Happy Ending Atau Ada Plot Twist?