Home Entertainment Jom Kenali Kim Joo Hun (Dr. Romantic 3) Yang Serba Boleh

Jom Kenali Kim Joo Hun (Dr. Romantic 3) Yang Serba Boleh

0

Karier Kim Joo Hun dalam dunia seni lakon nampaknya semakin cerah dan semakin rancak

Paling terbaru, Kim Joo-hun mencuri perhatian sangat ramai peminat drama siri Korea Selatan melalui wataknya dalam drama siri popular Dr. Romantic 3 (2023). Pelakon serba boleh ini membawa watak yang bernama Park Min Guk yang merupakan seorang pengarah di Hospital Doldam, pembawaan wataknya sangat menjadi dan lakonannya luar biasa hebat dalam drama siri tersebut.

Dalam drama siri Dr. Romantic 3, dia dikenali sebagai seorang yang tegas dan selalu serius. Ternyata Kim Joo Hun sebenarnya terlihat sangat ramah dan ceria di kehidupan nyata. Siapa sangka pelakon ini sebenarnya memiliki banyak bakat terpendam lain selain daripada berlakon.

Jom sama-sama kita lihat beberapa fakta menarik, kebolehan dan bakat tersembunyi pelakon ini di dunia nyata!

Kim joo hun

1. Kim Joo Hun memulakan karier lakonannya melalui sebuah projek filem layar perak yang bertajuk Way Back Home (2013)

e777ff89 d093 4673 93f3 959f4371e4c7

2. Selain berlakon, pelakon ini juga kelihatannya mahir dalam dunia peragaan ketika melakukan sesi penggambaran dan sesi fotografi. Lagaknya seperti seorang model profesional!

9f5ec7c4 fa08 4567 af38 9acdc860394d

3. Ternyata Kim Joo Hun juga boleh melakar dan melukis dengan baik. Menariknya, dia suka melukis di atas pelbagai objek barang-barang bekas seperti lukisan di kotak pizza ini

5f516b94 2b85 4ad8 bbf9 e3e3d81bfa3b

4. Selain itu, perwatakan asal Kim Joo Hun juga sangat berbeza dengan dunia lakonan. Dia kelihatan begitu ramah dan sangat murah dengan senyuman. Berbeza dengan karakternya dalam drama siri Dr. Romantic 3 bukan?

d03ffe32 07d3 433c 831d 59126f77c228

5. Ahjussi yang disukai ramai ini juga dikenali sebagai seorang pencinta kucing. Pelakon ini selalu juga berkongsi beberapa gambar bersama kucing yang disiarkan melalui laman Instagram peribadi miliknya

1140dde1 e83a 4606 9822 f1ad8edd85c3

6. Dia juga sering kelihatan menggunakan waktu lapangnya dengan menikmati suasana luar yang cerah dan nyaman, dia suka menghirup udara luar walaupun hanya sekadar berjalan-jalan biasa sahaja

8cd70e4c 425e 429e ac3f 7877bac0ac37

7. Bukan hanya itu, Kim Joo Hun juga mengabadikan detik indah ketika aktiviti mendaki bukit melalui trek hijau yang memukau pandangan mata

Kim Joo Hun adalah pelakon yang kini sudah menjangkau usia 43 tahun. Pelakon serba boleh ini dilahirkan pada 1 Mac 1980 di Korea Selatan dan merupakan lulusan Institut Seni Seoul. Semoga terus maju jaya diucapkan buat Kim Joo Hun!

Baca Lagi: 7 Situasi Cemas Dalam Dr Romantic 3 Yang Dihadapi Seo Woo Jin

Baca Juga: 12 Watak Doktor Dalam Dr Romantic 3