Home Entertainment 7 Situasi Cemas Dalam Dr Romantic 3 Yang Dihadapi Seo Woo Jin

7 Situasi Cemas Dalam Dr Romantic 3 Yang Dihadapi Seo Woo Jin

0

Sangat banyak situasi bahaya dan mencemaskan yang telah dialami oleh Seo Woo Jin (Ahn Hyo-seop) dalam drama siri Dr Romantic 3 (2023)

Menjadi petugas kesihatan den medikal di hospital Doldam sungguh memenatkan fizikal dan mental. Banyak kes yang sangat kompleks dan juga rumit yang perlu ditangani oleh para doktor dan petugas kesihatan lain di hospital tersebut.

Sering terlibat dengan situasi genting, sungguh mendebarkan sekali. Entah mengapa watak doktor dalam Kdrama Dr Romantic 3 yang menarik ini sering kali terlibat dalam banyak perkara berbahaya.

Berikut ini merupakan tujuh senarai situasi mencemaskan yang melibatkan Seo Woo Jin dalam drama siri Dr Romantic 3 (2023). Jom sama-sama kita lihat:

Dr romantic

1. Mengubati dan merawat pelarian Korea Utara di atas kapal peronda pantai, Seo Woo Jin diancam dengan hukuman ketenteraan jika rahsia ini terbongkar

Dr romantic

2. Pelarian Korea Utara menyerang Jang Dong Hwa (Lee Sin Young) dengan pisau, Seo Woo Jin telah berusaha menyelamatkannya

776f7d7a 9604 49df b8cd f4e56aa65b54

3. Tangan Seo Woo Jin luka dan tercedera ketika sebuah pembedahan berlangsung, nasib baik pesakit tersebut tidak mempunyai penyakit yang boleh dijangkiti melalui cairan dan bendalir tubuh1aacfd94 0b2d 4691 99c5 bdd6a3dacca1

 

4. Park Eun Tak (Kim Min Jae) diancam oleh penagih dadah yang merupakan kenalan lamanya, Seo Woo Jin yang berusaha untuk membantu juga turut terancam dan dalam bahaya

72018f31 82e7 4d37 b025 b58b54a322db

5. Seo Woo Jin turut dihunus senjata oleh pesalah penembakan yang melarikan diri, nasib masih menyebelahinya kerana dia selamat

1d37c404 eed4 4d06 bafd a7defe7924e0

6. Berusaha menyelamatkan nyawa seorang guru, Seo Woo Jin ditimpa runtuhan dan hampir kehilangan nyawa

72d1bcb6 3d31 4b68 a87d 9bc696a89672

7. Walaupun selamat, tangan Seo Woo Jin ditembusi batang besi sehingga saraf tangannya kemungkinan besar akan rosak

Seo Woo Jin tidak pernah gentar dan jemu untuk menolong setiap orang dalam kesusahan walaupun keselamatannya terancam. Sangat wajar keberanian dan ketulusan Seo Woo Jin ini dijadikan contoh oleh semua.

Macam biasalah, Kdrama dan filem biasanya menolak hukum logik, menurut standard keselamatan, beberapa keputusan yang diambil oleh Seo Woo Jin ini kurang tepat.

Adakah anda peminat setia Dr. romantic 3, watak Seo Woo Jin dalam drama siri Dr. Romantic 3 ini ternyata heroik dan menjadi tumpuan setiap penonton setia Kdrama ini.

Baca Lagi: 8 Persoalan Doctor Cha Bakal Terjawab Pada Ending Minggu Ini

Baca Juga: 12 Watak Doktor Dalam Dr Romantic 3