Home Entertainment 7 Watak Yang Setia Menyokong Doctor Cha

7 Watak Yang Setia Menyokong Doctor Cha

0

7 watak yang setia menyokong Cha Jeong Suk dalam Doctor Cha

Drama siri Doctor Cha memberi pengajaran yang cukup bermakna buat para penontonnya bahawa di dunia ini, tidak ada yang boleh diharapkan selain daripada diri sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan cubaan dan canaran hidup.

Kadang kala ada perkara-perkara yang perlu diselesaikan sendiri tanpa campur tangan orang lain, contohnya masalah rumah tangga dan juga kerjaya.

Watak Cha Jeong Suk yang dilakonkan oleh Uhm Jung Hwa dalam drama siri Doctor Cha dikhianati oleh suaminya setelah mendirikan rumah tangga selama 20 tahun bersama-sama.

Di sebalik kepahitan tersebut, terdapat tujuh watak penting yang selalu menjadi penyokong setia yang selalu menyokong setiap keputusan yang diambil oleh Cha Jeong Suk.

Siapakah mereka ini? Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:

Doctor cha

1. Oh Deok Rye (Kim Mi Kyung), ibu kepada Cha Jeong Suk selalu berdiri teguh di belakang anaknya dan dialah yang paling awal hadir untuk menyokong segala keputusan anak kesayangannya

d718d75e 3b83 42c8 98c4 54ec646638512. Seo Jung Min (Song Ji Ho), anak pertama Cha Jeong Suk yang selalu bersimpati dan membela ibunya. Dia turut menyokong cita-cita ibunya

0c396d39 9b3b 41a5 926d 10207bdcefa93. Roy Kim (Min Woo-hyuk), rakan sekerja Cha Jeong Suk ini memberikan sokongan sepenuhnya setelah memgetahui Cha Jeong Suk dicurangi oleh suaminya

a34f1cdf 383d 49f5 b1fc 1c17f39cc1b64. Seo Yi Rang (Lee Seo Yeon) sangat menyayangi ibunya, terbukti apabila dia membela hak ibunya itu di depan ayah dan neneknya

dd527d01 3468 42da b949 1ad080e6cbca5. Baek Mi Hee (Baek Joo Hee), sahabat baik Cha Jeong Suk ini selalu ada di waktu senang dah susah sahabatnya itu

3d8f5738 6351 4665 89b2 f1091d9fc2bf6. Digambarkan sebagai seorang wanita yang sangat bossy dan bermulut lepas, Jeon So Ra (Jo A Ram) menunjukan sisi baik dan mesranya dengan memberikan perhatian dan pertolongan kepada Cha Jeong Suk

a485e553 832d 487b 81e9 02e5cd20dc5b7. Pengarah Oh, merupakan pesakit Cha Jeong Suk yang berjaya sembuh, dia memberikan sokongan penuh kepada Cha Jeong Suk, supaya dapat mencapai impiannya

Drama siri Doctor Cha memberi sangat banyak pengajaran kepada para penontonnya, antaranya adalah orang terdekat dengan kita juga boleh menjadi pengkhianat dan igauan buruk buat kita.

Mereka sengaja menyakiti tanpa mempedulikan segala kenangan manis dan indah yang telah terukir selama ini, mereka juga senang melupakan segala kebaikan dan pengorbanan yang telah diberikan.

Namun dalam segala kepayahan dan kekecewaan, terdapat juga insan-insan ikhlas yang setia memberi sokongan dalam segala situasi. Mereka inilah yang wajib dijaga dan dihargai.

Baca Lagi: 8 Persoalan Doctor Cha Bakal Terjawab Pada Ending Minggu Ini

Baca Juga: 10 Watak Talam Dua Muka Dalam Kdrama 2023