Home Entertainment 10 Watak Talam Dua Muka Dalam Kdrama 2023

10 Watak Talam Dua Muka Dalam Kdrama 2023

0

Doctor Cha merupakan salah sebuah Kdrama ongoing yang sedang hangat diperkatakan. Bukan sahaja menampilkan genre medikal, drama siri tersebut menampilkan kisah kecurangan Seo In Ho (Kim Byung Chul) dan membawa watak talam dua muka

Semua orang tahu Seo In Ho selalu menjaga imej yang baik di tempatnya bekerja dan berlakon seperti dia adalah ketua keluarga yang penyayang di hadapan semua orang.
Watak doktor tersebut ternyata termasuk dalam golongan watak yang suka bermuka-muka atau watak talam muka.

Sama seperti beberapa watak lain dalam drama siri pada tahun 2023 yang berikut ini. Mereka menyembunyikan sifat asal mereka dengan bersembunyi di sebalik imej lain.

Watak talam dua muka1. Selalu menjaga imej baik, Seo In Ho (Kim Byung-chul) sebenarnya adalah seorang lelaki yang sangat red flag, kerana sanggup curang dan melukai hati isterinya dalam drama siri Doctor Cha, gelaran dengan watak talam dua muka memang sesuai untuk dia!

de475d14 5625 4852 a0ce bbcd4419e629 12. Mempunyai imej yang polos hingga selalu direndahkan, Cheon Moo Yeong (Ryu Kyung Soo) menjadi kejam saat melakukan balas dendam dalam drama siri Tale of the Nine Tailed 1938

47f10401 a53d 489a 9cd0 c6725e37e5183. Kebaikan dan keramahan Ji Dong Hui (Shin Jae Ha) membuatkan orang lain tidak menyangka bahawa dia adalah pembunuh bersiri dalam drama siri Crash Course in Romance, watak talam dua muka diperankannya cukup memberi kesan!

b9df9520 8c39 4a00 8711 65934c7b6c644. Dikenali sebagai doktor yang sangat ramah, Do Kyu Jin (Kim Min Seok) ternyata juga mempunyai jiwa psikopat dan melakukan pembunuhan dalam drama siri Delivery Man

81471abb ddfe 4a67 9ec6 e49a2bd04ba4 15. Mempunyai imej yang cukup baik, keluarga Pyo Jae Hyun (Lee Sang Yoon) tidak tahu bahawa dia sanggup melakukan segala kejahatan demi mencapai tujuannya dalam drama siri Pandora

96c5e60c d509 4c74 97bb 9cd28297f0476. Sama juga dengan Gu Sung Chan (Bong Tae Gyu) dalam drama siri Pandora. Dia berpura-pura tidak bersalah, sedangkan dia sanggup melukai dan menyakiti orang lain demi cita-cita dan impiannya

9b2aecff 1b88 4d17 b311 ec144b62d9a07. Demi mendekati musuhnya, On Ha Joon (Shin Jae Ha) menggunakan imej yang polos sedangkan perangai sebenarnya adalah sangat kejam hingga dia sanggup membunuh dalam drama siri Taxi Driver 2, salah satu watak talam dua muka yang paling dibenci!

842133db bec2 439a a389 289297331e0f 18. Disangkakan hanyalah pekerja biasa, Kwon Do Hoon (Jang Hyuk) rupa-rupanya adalah ejen BIN yang kerap membunuh dalam drama siri Family: The Unbreakable Bond

3a952d1d 1a2d 4794 ac01 71daf6e31dc2 19. Melakukan khidmat balas dendam, Kim Do Gi (Lee Je Hoon) selalu melakukan penyamaran dengan berbagai-bagai watak dan perangai dalam drama siri Taxi Driver 2, pastinya watak talam dua muka yang paling digemari penonton!

54ee4297 dbcf 4dd9 827b 835aba39d3d8 110. Sewaktu bertugas sebagai pegawai kerajaan, dia membawa imej seperti seorang pegawai yang malas dan tidak mempedulikan apa-apa yang berlaku, Hwang Dae Myeong (Joo Won) sebenarnya adalah pencuri aset budaya yang pintar dalam drama siri Stealer: The Treasure Keeper

Istilah bermuka-muka atau talam dua muka serta pandai berlakon untuk memperdaya orang lain sangat sesuai untuk setiap karakter dan watak yang kami senaraikan di atas. Mereka mempunyai sifat asal yang sangat berbeza daripada imej yang ditunjukkan dan ditonjolkan.

Baca Juga: 5 Pelakon Korea Yang Perlu Menunggu Lama Untuk Mengecapi Populariti

Baca Lagi: Kdrama 2023: 8 Mangsa Politik & Aksi Balas Dendam