Home Entertainment 5 Kdrama Paling Popular Sepanjang Mei 2023

5 Kdrama Paling Popular Sepanjang Mei 2023

0

5 Kdrama paling popular sepanjang Mei 2023, sudahkan anda tonton? Jika belum, jom kita lihat!

Sepanjang bulan Mei 2023, beberapa drama siri Korea Selatan terbaru sangat hangat dibicarakan dan dibincangkan. Para peminat bercerita tentang Kdrama paling popular ini di media sosial hingga menjadi trending.

Berikut kami senaraikan 5 kdrama paling popular Korea Selatan ongoing yang paling diminati ramai sepanjang bulan Mei 2023. Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:

08618f30 da07 4f4d a712 fc18df8ed83e1. My Perfect Stranger
Tampilkan kisah kes pembunuhan bersiri, My Perfect Stranger mengisahkan tentang pengembaraan waktu dua individu yang pada mulanya saling tidak mengenali ke tahun 1987 dengan menggunakan sebuah kereta merah yang merupakan mesin masa
Kim Dong Wook dan Jin Ki Joo sangat cemerlang membintangi drama siri My Perfect Stranger yang mengisi slot tayangan KBS.

Mengangkat cerita tentang pengembaraan waktu, drama siri yang turut boleh ditonton menerusi platform streaming VIU ini mempunyai jalan cerita yang sangat unik dan menarik serta telah berjaya mengajak para penonton bermain minda dan berteka-teki.

Baca Lagi: 10 Watak Penting Dalam Kdrama My Perfect Stranger

24c87b84 8d76 4e04 9889 ac3866e7427b2. Doctor Cha
Doctor Cha (2023) sememangnya berjaya mencuri perhatian para peminat drama siri Korea dengan perkembangan plot menarik yang ditampilkan. Beberapa konflik membuatkan para penonton begitu bersemangat untuk mengikuti setiap episod Kdrama ini. Sementara itu, para pelakon yang membintangi drama siri Doctor Cha juga tidak ketinggalan mendapat pujian dan perhatian daripada para peminat.

Drama siri Doctor Cha menampilkan kisah yang menarik dan menghiburkan tentang seorang suri rumah tangga yang kini mengejar kariernya kembali sebagai seorang doktor perubatan. Dibintangi oleh Uhm Jung-hwa dan Kim Byung Chul, drama siri ini mempersembahkan jalan cerita yang ringan, lucu, serta sangat segar.

Siri ini mendapat rating tertinggi diantara drama-drama lain dan meletakkan ia sebagai salah satu Kdrama paling popular pada bulan Mei!

Baca Lagi: 8 Persoalan Doctor Cha Bakal Terjawab Pada Ending Minggu Ini

Kdrama paling popular3. The Good Bad Mother
The Good Bad Mother adalah sebuah siri TV dari JTBC yang mengisahkan tentang hubungan seorang ibu dan anaknya.
Si anak bernama Choi Kang Ho yang dilakonkan oleh Lee Do Hyun tiba-tiba sahaja berkelakuan seperti kanak-kanak akibat terlibat dengan sebuah kemalangan. Keadaannya yang seperti itu membuatkan dirinya terpaksa pulang ke kampung dan dijaga oleh ibunya yang sangat tegas iaitu Jin Young Soon (Ra Mi Ran).

Baca Lagi: 7 Watak Paling Menderita, The Good Bad Mother

70ac1813 f2d0 4ae5 84a0 e03af7f687ab4. Dr. Romantic 3
Dr. Romantic 3 kembali menampilkan kisah Kim Sa Bu, iaitu seorang pakar bedah yang mengundurkan diri dari jabatan terkemuka di pusat medik ternama di Seoul dan berpindah ke Hospital Doldam iaitu sebuah hospital di daerah terpencil. Dr. Romantic 3 kembali dengan barisan doktor-doktor baru, watak antagonis baru, dan kisah romantik yang cukup menarik, rugi jika terlepas untuk menontonnya.

Dr. Romantic 3 (2023) menjadi drama yang dinanti-nantikan oleh para penonton dan peminat setianya. Dua musim sebelumnya juga sangat berjaya, baik di Korea Selatan mahupun di peringkat global. Dr. Romantic 3 (2023) menampilkan kisah para doktor, sister, jururawat dan pesakit di Hospital Doldam. Drama siri ini bukan hanya berputar membahaskan tentang watak Kim Sabu sahaja, tetapi hampir semua tenaga medikal di Hospital Doldam.

Baca Juga: Antara Dr Romantic 3 & Dr Cha, Yang Mana Pilihan Anda?

8195fc89 bbde 49ce b00e c3d3586e072e5. Tale of the Nine Tailed 1938
Tale of the Nine Tailed 1938 adalah sebuah kisah fantasi aksi yang menceritakan tentang Lee Yeon yang merupakan seorang gumiho yang terpaksa membuat pendaratan cemas pada tahun 1938 sewaktu zaman kacau bilau sebelum wujudnya zaman moden.

Baca Juga: Rating “Tale Of The Nine Tailed 1938” Melonjak Naik Setelah Watak Utama Wanita Digantikan

Drama-drama siri Korea Selatan yang disiarkan sepanjang bulan Mei 2023 benar-benar menarik perhatian ramai penonton. Ternyata 5 drama siri yang kami senaraikan di atas paling banyak diperbincangkan. Beberapa drama siri daripada senarai di atas turut berjaya memecahkan rekod rating tertinggi bulan ini.