Home Entertainment 10 Watak Penting Dalam Kdrama My Perfect Stranger

10 Watak Penting Dalam Kdrama My Perfect Stranger

0

My Perfect Stranger turut memeriahkan senarai drama Korea yang mengangkat tema pengembaraan waktu

Drama siri yang dibintangi oleh Kim Dong Wook dan Jin Ki Joo ini menceritakan tentang dua orang asing yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain yang kembali ke tahun 1987 setelah berlakunya sebuah insiden yang tidak diduga.

Masing-masing memiliki tujuan yang berbeza, oleh kerana beberapa perkara yang terjadi, akhirnya Baek Yoon Young (Jin Ki Joo) dan Yoo Hae Joon (Kim Dong-wook) sepakat untuk mencari kebenaran di sebalik kes pembunuhan bersiri di Woojung-ri.

Para penonton semestinya tidak lekang dengan perasaan curiga dengan setiap karakter yang muncul dalam Kdrama ini, jom sama-sama kita lihat beberapa watak penting dalam Kdrama My Perfect Stranger:

3fda85e0 b5b0 40f0 9d41 bfb4a2f36b9d1. Menjadi pembaca berita yang juga merupakan seorang pengembara waktu, Yoon Hae Joon (Kim Dong Wook) cuba untuk mengupas kes pembunuhan bersiri 1987 di Woojung-ri

ebf31284 3c9e 47ec b47b 0a4d98ffae6f 12. Baek Yoon Young (Jin Ki Joo) bertekad untuk memisahkan ibu bapanya yang masih remaja

My perfect stranger 3. Sangat baik dan merupakan seorang gadis yang lemah lembut, Lee Soon Ae (Seo Ji Hye) adalah watak remaja ibu Baek Yoon Young yang ternyata sebenarnya adalah mangsa buli di sekolah

ae0864f2 5fea 4ea9 ad10 f89f1778d5304. Ayah Baek Yoon Young sewaktu remaja, Baek Hee Seob (Lee Won Jung) yang sebenarnya baik walaupun agak nakal merupakan salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan bersiri di Woojung-ri

29e42a32 0296 4ad7 a671 ddd930ef7062 25. Go Mi Sook (Ji Hye Won) adalah watak yang sangat manipulatif. Dia mencuri karya ibu Baek Yoon Young dan menjadi salah seorang suspek yang paling diragui dalam kes pembunuhan kerana tulisannya adalah sama seperti kejadian pembunuhan yang berlaku di kampung tersebut

2b8186a4 cef9 4536 8a05 36e06b408805 16. Merupakan abang kepada Go Mi Sook, Go Min Soo (Kim Yeon Woo) juga sangat mencurigakan kerana mempunyai ciri-ciri psikopat dan menjadi tahanan penjara pada masa kini

e400202e 101b 4d52 8a2e 580dfa9591ed 17. Kerana usaha Baek Yoon Young dan Yoon Hae Joon yang mengubah masa lalu, Lee Joo Young (Jung Ga Hee) yang merupakan seorang guru pelatih tidak menjadi korban pembunuhan pertama pada hari sepatutnya dia dibunuh

6f3eb0b4 92f8 4243 a9b4 f3af4b3de7e7 18. Yoo Bum Ryong (Joo Yeon Woo) merupakan teman lelaki pertama Lee Soon Ae. Namun dia juga mempunyai personaliti yang mencurigakan dan juga merupakan suspek pembunuhan bersiri di Woojung-ri pada tahun 1987

8836f214 fc07 4b7b a96e 9c206e5c08be9. Berjaya membuatkan para penonton geram, Kim Hae Kyung (Kim Ye Ji) merupakan kaki buli yang selalu memperlekehkan Lee Soon Ae dan merupakan orang suruhan Go Mi Sook di sekolah

04e81cad 8927 4b06 93f8 5c0ab36f4e7910. Selalu menghidupkan suasana dengan keceriaannya, sikap Lee Kyung Ae (Hong Na Hyun) yang merupakan kakak kepada Lee Soon Ae selalu tampak bergaya dengan penampilan fesyen yang menonjol

Drama siri My Perfect Stranger kini masih lagi ongoing dan setiap minggu para penonton pasti digemparakan dengan misteri-misteri baru yang terungkai.

Drama siri pengembaraan waktu ini berjaya membuahkan rasa ingin tahu yang membuak-buak di hati para penonton.

Sangat sukar untuk meneka siapakah sebenarnya pembunuh bersiri sebenar di Woojung-ri. Jangan lupa saksikan episod barunya My Perfect Stranger nanti di Viu Malaysia ya!

Baca Lagi: Gandingan Serasi Kim Dong Wook & Jin Ki Joo Dalam My Perfect Stranger

Baca Juga: 7 Pasangan Artis Korea Yang Masih Hangat Bercinta