Home Entertainment Dokumentari LE SSERAFIM Mendapat Perhatian Selepas Menunjukkan Benda Ini

Dokumentari LE SSERAFIM Mendapat Perhatian Selepas Menunjukkan Benda Ini

0

Treler dokumentari “LE SSERAFIM – The World Is My Oyster”, yang telah dikeluarkan pada 17 September lalu telah membuatkan peminat bercakap tentang satu bahagian yang ini.

Kumpulan gadis label Source Music dan HYBE, LE SSERAFIM telah mengeluarkan dokumentari tentang detik-detik kegembiraan dan kekecewaan yang dihadapi oleh lima ahli, Kim Chaewon, Sakura, Heo Yunjin, Kazuha dan Hong Eunchae.

Seorang ahli, Kazuha telah mendapat perhatian selepas bakat dalam baletnya ditunjukkan dalam treler. Peminat mendapati dia sangat cantik dan mengagumkan kerana menari dengan sangat cantik dan hebat.

le sserafim documentary garners attention after showing this

Dokumentari LE SSERAFIM itu menunjukkan mereka sedang berlatih untuk pentas debut mereka selepas pembentukan pasukan.

le sserafim fashion pictorial autumn mood

Semua kekecewaan yang dihadapi kumpulan itu telah ditunjukkan di dalam trailer itu. Keringat dan usaha ahli LE SSERAFIM untuk mengatasi kekurangan mereka itu juga turut terserlah.

Kim Chaewon, yang ingin menunjukkan bakatnya kepada orang ramai, Sakura yang akan membuat debutnya buat kali yang ketiga, Heo Yunjin yang pernah putus asa dengan impiannya, Kazuha yang tidak biasa dengan segala-galanya, dan Hong Eunchae yang akhirnya telah berterus-terang mengaku bahawa dia tertekan.

Ramai peminat gembira kerana kumpulan gadis itu mempunyai dokumentari yang menunjukkan bagaimana pasukan itu dibentuk dan apa yang mereka lalui untuk debut.

Walau bagaimanapun, ada yang mempersoalkan bagaimana mereka ‘edit’ bahagian bekas ahli iaitu Garam untuk mencapai dokumentari akhir yang kelihatan seperti LE SSERAFIM hanya mempunyai 5 ahli sahaja sejak dari awal debut.

Baca lagi: “Pernah Check In Hotel Ke?” LE SSERAFIM Jawab Pertanyaan Panas Ini!
Baca lagi: HYBE Dikritik Kerana Melakukan Ini kepada LE SSERAFIM Dan NewJeans

Music Video Review: LE SSERAFIM Debuts With Elegance & Strength With  'FEARLESS' - Kpopmap