Home Entertainment “Pernah Check In Hotel Ke?” LE SSERAFIM Jawab Pertanyaan Panas Ini!

“Pernah Check In Hotel Ke?” LE SSERAFIM Jawab Pertanyaan Panas Ini!

0

Netizen Korea berang dengan pertanyaan yang diajukan oleh seorang pengacara rancangan hiburan Jepun yang dianggap tidak menghormati ahli kumpulan LESSARAFIM.

1663529775 l1

1663529775 l2

1663529775 l3

Netizen menyuarakan ketidakpuasan hati dalam sebuah forum komuniti atas talian yang terkejut dengan soalan diajukan kepada Sakura dan Kazuha. Mereka diajukan soalan mengenai harga bilik di hotel mewah dalam rancangan televisyen tersebut.

Mereka berdua kelihatan terkejut dengan persoalan yang diajukan dan menjawab yang mereka tidak pasti sebelum pengacara rancangan itu membalas dengan: ‘Kenapa? Bukan awak selalu pergi dengan teman lelaki ke?” dan “Kenapa awak berpura-pura tidak tahu ni?”

Dalam ruangan forum, netizen terkejut dengan pertanyaan yang ditanya dan turut memberi komen, “Kalau di Korea, pengacara tu memang kena banned jangan harap boleh masuk TV lagi lepas ajukan soalan begini.” Ada juga yang turut menjelaskan bahawa budaya negara Korea & Jepun sangat berbeza. Ada yang mempersoalkan samada perkara ini akan diambil tindakan di negara Jepun.

Sementara itu, netizen Korea turut memberitahu yang artis wanita di Jepun, tidak kira umur turut menerima layanan yang sama. Ada juga artis Jepun bawah umur yang berlakon dalam filem porno.

1663529922 l6

Sementara itu, ada juga netizen Korea yang berpendapat bahawa budaya Korea juga seakan membenarkan pelakon di bawah umur melakonkan watak porno walaupun bawah umur.

Apa yang korang rasa?

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Gambar Jennie BLACKPINK & V BTS Tersebar Lagi