Walaupun majoriti peminat positif bahawa BLACKPINK akan memperbaharui kontrak mereka dengan YG Entertainment, sebuah saluran media ini telah menyatakan 4 ‘petunjuk’ mengapa BLACKPINK akan dibubarkan.

Pada 17 September, saluran media Korea Insight melaporkan empat sebab mengapa peminat berasa kemungkinan BLACKPINK akan dibubarkan sebelum pembaharuan kontrak mereka.

What is BLACKPINK's net worth in 2022?

Pertama, BLACKPINK yang memulakan kerjayanya pada tahun 2016 dijangka akan membuat pembaharuan kontrak dengan YG Entertainment pada tahun 2023. Walaupun BLACKPINK telah berjaya sejak awal lagi, masih terdapat beberapa kemungkinan yang mereka akan dibubarkan.

Kedua, peminat K-pop terutamanya BLINK (fandom BLACKPINK) menunjukkan kebimbangan mereka kerana BLACKPINK menghampiri “Sumpahan 7 Tahun” yang terkenal di kalangan K-pop.

Dalam konteks, tujuh tahun adalah had bagi kebanyakan kontrak idola dengan agensi mereka dan selalunya, kumpulan berpisah atau ahli menarik diri daripada kumpulan.

Pengguna Internet amat bimbang jika nasib BLACKPINK akan berakhir sama seperti kumpulan senior mereka iaitu 2NE1, yang dibubarkan pada tahun ketujuh mereka disaat nama kumpulan mereka masih berada di puncak.

BlackPink 新AL「Born Pink」- タイトル曲「Shut Down」ポスタ―公開 - デバク

Ketiga, sesetengah peminat bimbang tentang MV “Shut Down” yang menampilkan sejumlah besar adegan lagu hit mereka sebelum ini, seperti “DDU DU DDU DU,” “Whistle,” dan “BOOMBAYAH.”

Sesetengah penonton menyiratkan bahawa “Shut Down” seperti sebuah penghormatan kerana dapat melihat semula kejayaan BLACKPINK menurusi MV tersebut.

Keempat dan terakhir, Jennie, ahli yang dikhabarkan sedang bercinta dengan BTS V juga mencetuskan spekulasi jika ini akan menjadi perubahan besar apabila dia memperbaharui kontraknya.

Artikel Berkaitan: Gambar Jennie BLACKPINK & V BTS Tersebar Lagi

Η Jennie των BLACKPINK είναι «πολύ ενθουσιασμένη» που συμμετέχει στη σειρά  «The Idol» του The Weeknd – Hit Channel

Bagaimanapun, kebanyakan peminat mengatakan bahawa nampaknya tiada sebab untuk BLACKPINK tidak memperbaharui kontrak mereka dengan YG.

Ini kerana ia adalah situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak. BLACKPINK pada mulanya dikenali dalam persada K-pop terima kasih kepada agensinya, dan YG dapat mengekalkan kedudukan syarikatnya walaupun 2NE1 dibubarkan dan BIGBANG berehat.

Cerita Haru Taeyang Big Bang yang Merindukan 2NE1 - ShowBiz Liputan6.com

Kedua, kumpulan yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Lisa dan Rosé sudah menjalinkan hubungan seperti sebuah keluarga, dan tidak mudah untuk dimusnahkan. Bukan sahaja dalam kalangan ahli, malah ahli kumpulan juga rapat dengan penari dan penerbit mereka termasuk Teddy.

Di tengah-tengah riuh rendah mengenai pembubaran dan pembaharuan kontrak, perhatian sedang diberikan sama ada BLACKPINK mampu untuk menjadi kumpulan yang bertahan lama sama seperti kumpulan Girls Generation.

 

Previous article“Pernah Check In Hotel Ke?” LE SSERAFIM Jawab Pertanyaan Panas Ini!
Next articleJeon So Min Dedah Sesuatu Yang Memalukan Kepada Ahli ‘Running Man’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here