Home Entertainment Netizen Ini Kecam Liz, Rei Dan Yujin IVE Kerana Naik Berat Badan,...

Netizen Ini Kecam Liz, Rei Dan Yujin IVE Kerana Naik Berat Badan, Tetapi Sebaliknya Ini Yang Berlaku

0

Kumpulan gadis K-Pop dan penambahan berat badan sentiasa menjadi topik yang sensitif dan walaupun mereka mungkin mempunyai imej yang perlu dikekalkan, ia tidak sepatutnya menjadi tumpuan utama sesebuah kumpulan.

Seorang netizen dalam talian baru-baru ini telah menyiarkan gambar kumpulan IVE dan menunjukkan peningkatan berat badan yang dilihat di kalangan beberapa ahli.

08188d7f44d8a4d2f3f6d929db61c97c

Seperti yang peminat perasan, Liz sudah naik sedikit berat badan sejak era Love Dive, tetapi terbaru mereka melihat dua lagi ahli juga turut naik berat badan iaitu Rei dan Yujin.

Pipi Rei kelihat agak ‘Chubby’ sehinggakan netizen tersebut merasakan ia sudah tidak comel. Manakala Yujin, kelihatan berisi terutamanya di bahagian atas badannya.

Menurut netizen itu, mengapa Starship tidak menguruskan berat badan ahli IVE seperti WJSN atau SISTAR?

unnamed 1 5

unnamed 3 1

unnamed 4 1

 

Menurut si netizen, dia berharap agar ahli IVE berusaha untuk menurunkan berat badan sebelum peminat meninggalkan fandom tersebut.

Individu itu juga menyatakan bahawa NewJeans hanya makan sayur dan lobak merah sebagai ‘snacking’ tetapi IVE… makan nasi bulgogi dan makanan lain yang berlemak.

Baca lagi: Gambar Jennie BLACKPINK & V BTS Tersebar Lagi

Baca lagi: Drama Melayu Adaptasi Daripada Kdrama, BLACK & She Was Pretty

NewJeans Breaks Record For Highest Stock Pre-Orders Achieved By Any Girl  Group Debut Album In History | Soompi

K-netizen yang melihat gambar yang tersebar itu berusaha untuk mempertahankan kumpulan itu, mendedahkan bahawa tak salah pun jika mereka naik berat badan.

“Jika ini pun dikatakan teruk maka anda semua obes??”

“Awak selalu menulis catatan yang serupa seperti ini, saya dapat tahu ia adalah awak daripada cara tulisan awak. Tidakkah awak malu melakukan ini pada usia awak sekarang? Saya berasa sedih untuk awak kerana awak cemburu dengan gadis yang sekurang-kurangnya 15 tahun lebih muda daripada awak.

“Awak memanggil diri awak sebagai peminat dan menulis posting seperti ini? Kalaupun awak peminat yang sebenar, kami tidak memerlukan orang seperti awak dalam fandom ini.”

Kita sebagai peminat perlu ingat bahawa idola K-Pop juga manusia dan kita harus menghargai semua kerja keras yang mereka lakukan dalam kerjaya mereka!

Sumber: [1]