Home Entertainment HYBE Dikritik Kerana Melakukan Ini kepada LE SSERAFIM Dan NewJeans

HYBE Dikritik Kerana Melakukan Ini kepada LE SSERAFIM Dan NewJeans

0

Sedang kita menantikan debut NewJeans, netizen dan peminat K-pop bertindak mengkritik HYBE kerana melakukan perkara yang tidak sepatutnya kepada kumpulan itu dan juga LE SSERAFIM.

Pada 1 Ogos, sub-label HYBE iaitu ADOR mengumumkan pelancaran kumpulan gadis pertamanya NewJeans. Menjelang debut rasmi mereka, kumpulan itu telah mengeluarkan MV yang bertajuk “Attention,” pada 22 Julai.

Bagaimanapun, satu kontroversi telah dirakamkan dalam video muzik berdurasi tiga minit itu. Ia adalah adegan di mana ahli NewJeans iaitu Hanni dan Hyein sedang menari di dalam stadium.

Kedua-duanya menunjukkan koreografi yang hebat sambil memakai ‘tube top’. Oleh itu, tubuh mereka terdedah secara berlebihan, dengan tulang selangka dan pinggang kelihatan jelas.

Peminat dan netizen berasa tidak selesa untuk menonton adegan tersebut kerana kedua-dua anggota itu di bawah umur dan pakaian tersebut tidak sesuai dengan usia mereka.

newjeans 28072022

Untuk pengetahuan, ahli termuda NewJeans, Hyein dilahirkan pada tahun 2008 dan kini baru sahaja berusia 14 tahun dan merupakan pelajar sekolah menengah.

Peminat kritik tindakan HYBE yang membenarkan ahli di bawah umur itu memakai pakaian yang terdedah secara berlebihan. Netizen memberi komen seperti:

“Saya hanya boleh mengeluh apabila saya melihat pakaian mereka di dalam muzik video.”

 “Betapa tidak selesanya mereka untuk memakainya?”

“Terdapat banyak pakaian yang cantik, tetapi adakah anda fikir dengan memberikan pakaian yang terdedah seperti itu akan membuat mereka berjaya?”

hybe

Ini bukanlah kali pertama syarikat itu dikritik. Apabila LE SSERAFIM memulakan kerjaya mereka pada bulan Mei yang lalu, mereka juga terlibat dalam kontroversi kostum dan produksi video muzik.

Akibatnya, peminat berasa tidak puas hati dengan tindakan HYBE yang seolah-olah tidak menerima pendapat peminat walaupun sudah dikritik teruk ketika LE SSERAFIM membuat debut sebelum NewJeans.

 

Baca lagi: Rosé Dan Lisa BLACKPINK Tak Sengaja Beri Spoiler Album ‘Born Pink’ Tapi Tiada Siapa Yang Perasan!

Baca lagi: Bekas Ahli LE SSERAFIM Kim Garam Dilaporkan Dibuli Selepas Kembali Ke Sekolah