Home Entertainment Bekas Ahli LE SSERAFIM Kim Garam Dilaporkan Dibuli Selepas Kembali Ke Sekolah

Bekas Ahli LE SSERAFIM Kim Garam Dilaporkan Dibuli Selepas Kembali Ke Sekolah

0

Pada 20 Julai, Source Music secara rasmi mengumumkan bahawa label itu telah memutuskan untuk menamatkan kontrak eksklusifnya dengan ahli LE SSERAFIM Kim Garam selepas kontroversi bulinya.

Pada 1 Ogos, gambar yang dikatakan meja Kim Garam di sekolah menengahnya telah tersebar luas.

Gambar itu bagaimanapun tidak disahkan untuk betul-betul menunjukkan meja Garam, namun, ia menunjukkan meja dengan tag nama ‘Kim Graram’ yang dipenuhi dengan cemuhan dan makian di bahagian atas.

1659325798 garam

Jika gambar itu benar, nampaknya Kim Garam telah dibuli selepas dia kembali ke sekolah. Ramai netizen menyuarakan bahawa walaupun dia pernah menjadi pembuli, membulinya semula adalah tindakan yang salah kerana ia tidak merubah apa-apa.

Artikel Berkaitan: Kontrak Kim Garam Dengan HYBE Ditamatkan + Meninggalkan LE SSERAFIM
Artikel Berkaitan: ‘Mereka Lagi Bahagia Tanpa Kim Garam’, Netizen Seronok Lihat LE SSERAFIM Selepas Ketiadaan Kim Garam

1653668138 untitled 1

Sementara itu, LE SSERAFIM akan meneruskan aktiviti mereka sebagai kumpulan dengan lima ahli sahaja mulai 20 Julai yang lalu.

 

Sumber: [1]