Home News Berapa Banyak Bayaran Yang Diterima Park Eun Bin Selepas Kejayaan “Extraordinary Attorney...

Berapa Banyak Bayaran Yang Diterima Park Eun Bin Selepas Kejayaan “Extraordinary Attorney Woo”?

0

Park Eun Bin dalam drama “Extraordinary Attorney Woo” telah memegang watak utama iaitu Woo Young Woo, seorang peguam autistik pertama di Korea, dan bekerja di firma guaman berprofil tinggi Hanbada.

Walaupun terdapat beberapa kritikan terhadap gambaran autisme dalam drama itu, ‘Extraordinary Attorney Woo’ telah disambut dengan sambutan yang hangat sehingga ia telah menjadi popular di seluruh dunia.

Extraordinary Attorney Woo

Populariti Park Eun Bin telah dilihat meningkat dengan sewajarnya. Sebelum kejayaan ‘Extraordinary Attorney Woo’, Park Eun Bin dilaporkan dibayar kira-kira sebanyak 100 juta KRW (RM 341,417.23) setiap episod.

Namun, selepas memperoleh kejayaan daripada drama tersebut, Park Eun Bin telah memperoleh dua kali ganda bayaran dari yang sebelumnya, menghasilkan kira-kira 200 juta KRW (RM 682, 834.46) setiap episod.

Untuk pengetahuan, telah dilaporkan bahawa bayaran Park Eun Bin sebagai duta untuk iklan juga meningkat sebanyak dua kali ganda.

Baca lagi: Bekas Ahli LE SSERAFIM Kim Garam Dilaporkan Dibuli Selepas Kembali Ke Sekolah

eun bin main

Banyak syarikat yang mahu menjadikannya sebagai duta, sekaligus telah membuatkan Park Eun Bin sebagai pelakon yang dicari-cari dalam industri hiburan Korea.

Bayaran pemodelannya kini dilaporkan bernilai 400 juta KRW (RM 1,365,826.68) untuk kontrak setahun, berbanding bayaran yang diterima sebelum ini iaitu sebanyak 200 juta KRW (RM 682,834.46)

Ini mengagumkan kerana pelakon wanita biasanya mendapat bayaran yang jauh lebih rendah daripada pelakon lelaki. Selain itu, bayarannya meningkat dua kali ganda walaupun drama itu baru setengah jalan.

Hebat betul penangan ‘Extraordinary Attorney Woo’!

Sumber: [1]