Home Entertainment Ex-AOA Jimin Dedah Idola K-pop Ini Orang Pertama Yang Menghubunginya Selepas Skandal...

Ex-AOA Jimin Dedah Idola K-pop Ini Orang Pertama Yang Menghubunginya Selepas Skandal Buli

0

Bekas ahli AOA Jimin mendedahkan bahawa seorang idola K-pop ini telah menghubunginya selepas dia meninggalkan kumpulan itu di tengah-tengah skandal bulinya.

Baru-baru ini pada 15 September KST, saluran media Korea Osen melaporkan bahawa bekas ketua AOA, Jimin akan mempersembahkan lagu hit idola generasi pertama Lee Hyori “U-Go-Girl” untuk episod akan datang program survival JTBC, Another Universe.

jimin aoa 768x438 1

Selain berkongsi lagu pilihan Jimin untuk episod itu, Osen turut mendedahkan sebab Jimin memutuskan untuk membuat persembahan “U-Go-Girl.”

Pada tahun 2020, Jimin, yang ketika itu masih menjadi ahli AOA, terlibat dalam skandal dengan bekas anggota AOA, Mina selepas Jimin dituduh sebagai pembuli.

Jimin akhirnya menarik diri daripada kumpulan itu dan mengumumkan persaraannya daripada industri hiburan.

Walau bagaimanapun, Osen mendedahkan bahawa di saat Jimin jatuh, Lee Hyorilah orang pertama yang menghubungi idola itu.

Lee Hyori

Osen melaporkan, “Semasa Jimin menghadapi masa yang paling sukar, Lee Hyori yang menghantar mesej kepadanya terlebih dahulu. Walaupun mereka tidak rapat, Lee Hyori berasa sedih untuk juniornya (hoobae) dan telah menghubunginya.”

Mereka menyambung, “Jimin kemudian meninggalkan segala-galanya dan terbang ke Pulau Jeju, di mana dia tinggal bersama Lee Hyori dan dapat mengumpul kekuatannya semula.”

Artikel berkaitan: Seolhyun AOA ‘Update’ Peminat Dengan Gambar Terbarunya Bersama Jimin Di Instagram

Artikel berkaitan: Dituduh Membuli Sehingga Keluar AOA, Peminat Bersorak Kerana Jimin Akhirnya Ambil Jalan Ini

Jimin, a former member of AOA, has lost weight to 39 kg… The return of  tears, will the bullying controversy be erased?

Osen menambah bahawa Jimin memilih untuk mempersembahkan lagu Lee Hyori sebagai cara untuk memberi penghormatan kepadanya dan menyatakan rasa terima kasihnya. Persembahannya itu dijangka penuh emosi memandangkan ada maksud disebaliknya.

Sementara itu, sejak Jimin kembali ke industri, dia perlahan-lahan membina semula kerjaya solonya.

Dia baru-baru ini menandatangani kontrak eksklusif dengan ALO MALO Entertainment pada Julai tahun ini, dan kini sedang bersiap untuk penampilannya di Another Universe, di mana dia akan bersaing dengan penyanyi lain.

Adakah anda teruja melihat persembahan Jimin?