Home Entertainment  “Disebabkan Awak, Hidup Saya Jadi Susah” Sunmi Akhirnya Berterus Terang Dengan Zico

 “Disebabkan Awak, Hidup Saya Jadi Susah” Sunmi Akhirnya Berterus Terang Dengan Zico

0

Dalam episod terbaru ‘New Festa’ JTBC, Sunmi, Zico, Kyuhyun, Yoo Hee Yeol, dan Yoon Jong Shin bercakap tentang “Any Song” Zico.

Semasa perbualan, Yoo Hee Yeol berkata, “Zico mencipta budaya ‘Challenge’ melalui ‘Any Song.'” Sebagai tindak balas, Zico menjelaskan, “Saya tidak tahu ia akan berjaya… Saya hanya buat challenge itu sebagai promosi video. Saya tidak tahu ia akan bertukar menjadi budaya.”

1663275517 image

Sunmi kemudian mengaku, “Saya mengalami masa yang sukar kerana Zico. Selepas ‘Any Song’, ia seperti benda yang wajib buat (untuk membuat video challenge).”

Zico menjawab, “Sebenarnya, ramai orang cakap yang mereka juga mengalami masa yang sukar kerana budaya ‘challenge’ yang telah saya mulakan. Saya minta maaf.”

1663275665 image

Sementara itu, Zico membuat kemunculan semula pada 6 September dengan lagu “New Thing (feat. Homies).”

Selepas keluaran, “New Thing” memasuki Carta Harian Melon di #83 dan terus mendaki carta. Ia berada di kedudukan #10 pada 12 September dan kemudian meningkat kepada #6 pada 14 September.

Baca lagi: Ex-AOA Jimin Dedah Idola K-pop Ini Orang Pertama Yang Menghubunginya Selepas Skandal Buli

Baca lagi: Dokumentari LE SSERAFIM Mendapat Perhatian Selepas Menunjukkan Benda Ini

Sumber: [1]