Home Entertainment Kang Tae Oh, Antara Aktor Yang Nama nya Melonjak Naik Dalam Kalangan...

Kang Tae Oh, Antara Aktor Yang Nama nya Melonjak Naik Dalam Kalangan Peminat Kdrama 2022

0

Tahun ini antara tahun yang paling banyak drama dan filem dihasilkan. Kita bukan sahaja disajikan dengan kdrama yang menarik, tetapi kita juga dapat melihat beberapa artis yang namanya melonjak naik selepas kemunculan dalam k-drama tahun ini. Antara nama-nama aktor ini sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan dan lakonan dan ada yang diantara nya juga sudah menempa nama di luar negara. Antara 6 aktor tersebut adalah:

Lee Junho 

Lee Junho 3

Drama terbaru lakonan nya, ‘The Red Sleeve’ yang bersiaran pada penghujung 2021, tetapi nama Lee Junho yang juga ahli kumpulan 2PM ini melonjak naik ketika di awal tahun 2022. Hampir kesemua iklan di Korea dimonopoli oleh muka Junho. Wataknya sebagai King Yi San dipuji oleh peminat kdrama. Lee Junho turut memaklumkan dalam satu temuramah, dia telah menerima beratus skrip dan tawaran lakonan selepas daripada drama bersiri untuk melabukan tirai. Memang power la Junho!

Son Suk Ku 

Son Suk Ku 2

Watak beliau sebagai Mr.Gu dalam ‘My Liberation Notes’ berjaya mencuri tumpuan peminat kdrama. Melakonkan watak sebagai seorang gengster kaki mabuk yang sedang mencari cinta sejati dan pada masa yang sama melarikan diri daripada masalah telah menarik minat penonton kdrama. Son Suk Ku seorang aktor yang berjaya membawa watak itu dengan penuh ‘charming’ membuatkan beliau digelar aktor yang serba boleh. Tak sabar nak tengok lakonan Son Suk Ku dalam kdrama yang lain!

Kang Tae Oh 

kang tae oh

Kang Tae Oh yang baru sahaja menyertai kem ketenteraan, telah berjaya meraih perhatian peminat kdrama dengan lakonannya dalam drama, ‘Extraordinary Attorney Woo’, beliau yang membawa watak sebagai Lee Jun Ho, pekerja di sebuah firma guaman telah jatuh cinta kepada peguam Woo Young Woo yang menghidap penyakit spektrum autism. Lakonan mereka yang sangat sweet dan percintaan mereka yang dilihat seakan benar itu telah menaikkan nama Kang Tae Oh dan berjaya mencuri hati peminat kdrama terutama dari kalangan wanita. Selamat menjalani kem ketenteraan dan kembali dengan lebih semangat!

Kim Min Kyu 

Kim Min Kyu

Kim Min Kyu yang melakonkan watak sebagai Cha Sung Hoon dalam drama hit, ‘A Business Proposal’, drama yang diadaptasi daripada novel webtoon itu telah meraih rating tinggi dan berjaya menjadi drama sensasi pada ketika itu. Apa yang lebih menarik peminat adalah lakonan watak kedua utama Cha Sung Hoon dan Jin Young Seo sebagai pasangan kekasih kerana mereka kelihatan serasi bersama.

Choi Woo Shik

Choi Woo Shik

Pelakon dalam drama ‘Our Beloved Summer’ ini yang bersiaran pada Disember 2021 sehingga awal 2022 ini telah menempa populariti sebaik sahaja drama itu ditayangkan untuk tontonan umum. Choi Woo Shik berjaya menempa populariti hasil daripada lakonan beliau dalam drama yang ditontoni oleh ramai orang itu dan menjadi antara drama yang menjadi fenomena pada abad ini. Choi Woo Shik turut muncul dalam rancangan televisyen ‘In the SOOP: Friendcation’, dimana peminat mampu menonton sisi lain daripada Choi Woo Shik, seorang menghiburkan.

Lomon 

Lomon

Aktor ini berjaya meraih populariti daripada drama bersiri zombie apokalips, ‘All of Us Are Dead’. Watak nya yang menawan dalam drama itu dengan pelakon lain juga, Choi Yi Hyun telah memenangi hati ramai peminat. Sebelum ini watak beliau kebanyakkan nya hanya la sebagai watak sampingan, dan biasanya beliau memegang watak sebagai junior dalam drama bersiri sehingga lah drama ‘All of Us Are Dead’ ini berjaya melonjakkan nama beliau sehingga ke peringkat antarabangsa. Tak sabar untuk tonton lakonan beliau pada masa akan datang!

Sumber: Soompi

Baca artikel terdahulu: Mengejutkan! Rupanya Dua Lagu Hit SISTAR Ini Pada Awalnya Telah Direject