Home Artis Korea Choi Jin Hyuk – 6 Kdrama Misteri Thriller Terbaik Lakonannya

Choi Jin Hyuk – 6 Kdrama Misteri Thriller Terbaik Lakonannya

0

Sebelum membintangi drama siri Numbers pada yang akan ditayangkan pada 23 Jun 2023 akan datang, Choi Jin-hyuk memang sudah terkenal menerusi beberapa drama siri misteri thriller terbaik Korea Selatan.

Apa sahaja watak yang dibawanya, penampilan pelakon lelaki yang kini berusia 37 tahun tersebut diakui tidak pernah gagal untuk memikat penonton.

Sambil kita menunggu tayangan drama terbaru Choi Jin Hyuk yang bertajuk Numbers, jom sama-sama kita lihat dulu penampilannya dalam drama Korea misteri thriller Korea berikut ini.

Bermula dengan watak detektif, pengawal, hingga zombie, semua lakonannya sangat mantap dan berkesan. Sama-sama kita lihat senarai drama siri misteri thriller lakonan Choi Jin Hyuk seperti di bawah ini:

1. Tunnel (2017)

Choi jin hyukTunnel (2017) terkenal sebagai salah sebuah drama siri misteri thriller Korea terbaik yang telah ditayangkan di OCN. Drama siri tersebut meraih rating tertinggi sebanyak 6.4 peratus. Studio Dragon menggarap drama ini bersama pengarah terkenal Shin Yong Hwi yang pernah mengarahkan Bad Guys (2014).
Drama siri Korea Tunnel menceritakan tentang kisah detektif yang bercita-cita tinggi iaitu Park Kwang Ho (Choi Jin Hyuk). Dia mengembara merentas masa sewaktu melewati sebuah terowong untuk mengejar seorang pembunuh. Drama siri misteri ini diinspirasikan dari kes pembunuhan besiri Hwaseong 1986–1994.

2. Rugal (2020)

b6972fb7 b8d1 4f87 9ab2 3c7565073abdChoi Jin Hyuk juga memukau para penonton melalui lakonannya dalam drama adaptasi webtoon karya Rel.mae. Diarahkan oleh Kang Cheol Woo, drama siri Korea Rugal (2020) menceritakan tentang dendam Kang Ki Beom (Choi Jin Hyuk) terhadap organisasi Argos yang telah menghancurkan hidupnya.
Kang Ki Beom melihat isterinya terbunuh hingga dia turit diperangkap dalam kes tersebut. Tidak mahu berdiam diri, dia bergabung dan memimpin pasukan khas Rugal yang berada di bawah didikan NIS. Selama bertugas, dia diberi bola mata buatan yang memberinya kekuatan luar biasa.

3. Zombie Detective (2020)

492f2242 7a77 4a1e 9279 d9579e07c86cZombie Detective (2020) adalah garapan pengarah Shim Jae Hyun yang mengisahkan tentang teka-teki kejahatan yang melibatkan zombie dan penulis. Satu hari, Kim Moo Young (Choi Jin Hyuk) secara tidak sengaja menjadi zombie setelah bangkit dari kematian. Deria baunya yang kuat telah dimanfaatkan dengan bekerja menjadi detektif swasta. Sebuah kes pembunuhan membuatnya perlu bekerja dengan PD Sunji (Park Ju Hyun). Dalam penyiasatan, dia menemui fakta bahawa Moo Young sebelumnya pernah terlibat.

4. Justice (2019)

d883cb9d 83bb 474d a8a8 cbe43994f56f

Lee Tae Kyung (Choi Jin Hyuk) dalam drama Justice (2019) terkenal sebagai peguam terbaik dengan jumlah kemenangan yang tinggi. Pada mulanya, dia hanya ingin membalas dendam untuk saudaranya. Selepas itu, dia bekerja semata-mata hanya untuk wang dan harta. Drama siri garapan pengarah Jo Woong itu menampilkan bermacam-macam misteri yang menarik untuk ditonton. Tambahan pula, konflik terbesar muncul dari kes pelakon wanita hilang yang menjebak peguam Lee Tae Kyung. Kejadian ini membuatnya berada di ambang kehancuran.

5. The Last Empress (2018)

27fa7394 d2f9 4558 80f8 f30bc6ee758aPengarah Joo Dong Min dari drama siri popular The Penthouse (2020–2021) juga turut memilih Choi Jin Hyuk untuk membintangi drama siri The Last Empress (2018). Drama siri keluaran SBS tersebut mengambil set kehidupan moden diraja Korea, serta menceritakan tentang permainan licik politik dan asmara di dalamnya. Oh Sunny (Jang Nara) adalah pelakon wanita muzikal yang berkahwin dengan raja Korea. Dia mengimpikan hidup bahagia, tapi terhalang oleh konflik perebutan kuasa. Sunny dibantu oleh pengawal Na Wang Shik (Choi Jin Hyuk) untuk mencari individu misteri yang membunuh keluarga diraja.

6. Pride and Prejudice (2014)

217c307f f4ff 4d0c a79d f9ef06046479Drama misteri thriller Choi Jin Hyuk yang seterusnya adalah merupakan garapan pengarah Kim Jin Min dari Bitter Sweet Life (2008). Go Dong Chi (Choi Jin Hyuk) adalah salah seorang pendakwa raya. Dia menggunakan jawatannya untuk melindungi mangsa kejahatan yang telah diabaikan.
Go Dong Chi bersama sekumpulan pelajar undang-undang dalam drama Korea Pride and Prejudice (2014) berusaha untuk menyingkirkan para penjahat yang mempermainkan hukum undang-undang.

Watak Choi Jin Hyuk dalam drama misteri thriller Korea sangat dikagumi dan masih lagi diingati oleh para pengikut dan peminat setia. Kehebatannya dalam melakonkan berbagai jenis watak tersebut memang mempunyai tempat tersendiri di hati penonton.

Baca lagi: 13 Pelakon Korea Ini Masih Laris Walaupun Sudah Berkeluarga

Baca juga: “See You In My 19th Life” – 3 Sebab Wajib Tonton Kdrama Terbaharu Ini