Home News Ini 5 Cara Mudah Semak Nombor Telefon Yang Tidak Dikenali

Ini 5 Cara Mudah Semak Nombor Telefon Yang Tidak Dikenali

0

Pasti anda pernah menghadapi situasi yang sama apabila menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali? Perkara yang biasa kita lakukan ialah dengan membiarkan sahaja atau block nombor tersebut daripada nombor yang tidak dikenali. Anda mungkin ingin tahu cara untuk semak pemilik nombor telefon yang tidak dikenali tersebut.

Memetik daripada laman Harian Metro, dalam tempoh tiga bulan pertama pada tahun ini melalui rekod Jambatan Siasatan Jenayah Komersial menunjukkan lebih 5,000 kes penipuan dalam talian dilaporkan seluruh negara dari Macau Scam, Love Scam, kad kredit, penyamaran dan sebagainya.

Walaupun anda boleh membiarkan deringan telefon terus berbunyi untuk seketika, anda akan tidak teragak-agak untuk mengangkatnya apabila sudah beberapa kali berbunyi. Kini anda boleh buat semakan asal usual nombor telfon yang cuba hubungi anda melalui aplikasi dan laman web.

Ini 5 Cara Mudah Ketahui Nombor Yang Tidak Dikenali Melalui Online

1. Muat Turun Truecaller

Screenshot 2023 06 19 140225

Truecaller ialah sebuah laman web dan aplikasi yang sering digunakan untuk mengesan nombor yang tidak dikenali. Ia sangat mudah untuk digunakan malah ia boleh didapati secara percuma dengan melayari laman web Truecaller atau muat turun aplikasi di Google Play Store dan App Store.

Jika anda ingin menggunakan servis Truecaller melalui laman web rasmi, anda hanya perlu log masuk dengan menggunakan akaun Gmail perbadi tetapi anda hanya dibenarkan guna sebanyak 5 pencarian sahaja dan dicadangkan untuk muat turun aplikasi untuk kegunaan selanjutnya.

Truecaller telah terbukti menjadi pilihan di serata dunia dengan sejumlah 250 juta pengguna. Tambahan pula, Truecaller mengumpul data dari telefon pintar di seluruh dunia dan diuruskan ke pangkalan data untuk diakses oleh pengguna aplikasi ini.

Cara menggunakan Truecaller:
  • Muat turun aplikasi Trucaller
  • Buka dan pilih Start
  • Tekan Register dan masukkan nombor telefon pintar anda
  • Tunggu kod pengesahan melalui SMS
  • Masukkan nombor pengesahan dan anda boleh gunakannya
  • Klik pada bahagian Search untuk mencari informasi pemanggil

2. Pasang Whocalls

Screenshot 2023 06 19 140244

Aplikasi Whocalls telah dibangunkan oleh sebuah syarikat pembangun aplikasi Taiwan yang bernama Gogolook. Aplikasi ini turut membolehkan pengguna mengenal pasti nombor yang tidak dikenali serta mampu menyekat nombor tersebut.

Malahan, anda boleh mengesan pemilik nombor tanpa sebarang sambungan internet kerana pangkalan data boleh dimuat turun terus ke telefon pintar anda. Aplikasi ini telah mendapat pelbagai pengiktirafkan serta kolabarasi bersama janama-jenama gergasi industri untuk meningkatkan sekuriti berkaitan komunikasi.

Syarikat ini merupakan nombor 1 di dalam industri dengan kepasiti pangakalan datan terbesar di Asia Timur dan lebih 1.6 billion nombor telefon entri yang telah disimpan. Tambahan pula, syarikat ini berjaya menyekat lebih dari 3 billion panggilan spam.

Hal ini dapat dicapai dengan kemampuan AI dan saintis informasi berjaya menganalisis data yang banyak dengan prosedur yang optimal bagi memina persekitaran komunikasi yang selamat. Kini anda boleh dapatkan aplikasi Whoscall di Google Play Store dan App Store.

Cara menggunakan Whocalls:
  • Buka aplikasi Whoscall
  • Pilih kod negara Malaysia +60
  • Masukkan nombor yang ingin disemak
  • Klik butang Search
  • Maklumat pemilik nombor telefon akan dipaparkan

3.Lawati laman web Whosenumberinfo

Screenshot 2023 06 19 140307

Whosenumberinfo merupakan laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk mengesan nombor telefon. Melalui laman web ini anda boleh melihat menyemak setiap nombor telefon yang mencurigakan daripada aduan pengguna sendiri.

Pangkala data akan sentiasa dikemas kini bagi memberikan carian dengan informarsi yang terkini. Nombor yang berisiko akan dipaparkan beserta laporan oleh pengguna pada halaman utama bagi memudahkan pengguna lihat. Malahan, nombor telefon tidak terhad di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Hal ini akan memberikan kesedaran kepada pengguna untuk berhati-hati dengan nombor yang dihubungi. Anda turut boleh memberi laporan dengan menghantar informarsi mengenai nombor yang berkaitan di borang yang disediakan. Anda boleh lawati ke laman web rasmi Whosenumberinfo untuk membuat carian.

Cara menggunakan Whosenumberinfo:
  • Pergi ke pautan Whosenumberinfo
  • Masukkan nombor yang ingin dicari dan klik ikon Search
  • Senarai maklumat asal usul nombor akan dipaparkan

4. Guna Showcaller

Screenshot 2023 06 19 140325

Selain itu, anda turut boleh mencuba aplikasi Showcaller yang menawarkan pelbagai fungsi bagi mengesan nombor yang tidak dikenali. Tambahan pula, aplikasi ini menyediakan antara muka yang mudah untuk difahami. Anda boleh terus membuat carian nombor yang tidak dikenali serta menyekat nombor yang dicurigai.

Di samping itu, anda turut merakam panggilan yang masuk atau keluar bagi rujukan dan dijadikan sebagai bukti pada masa kelak. Anda boleh dapatkan aplikasi Showcaller di Google Play Store dan App Store secara percuma.

Cara menggunakan Showcaller:
  • Muat turun aplikasi Showcaller
  • Buka aplikasi tersebut dan anda boleh pilih bahasa yang ingin digunakan pada bahagian atas
  • Tekan Get Started
  • Pilih tetapan Showcaller sebagai Set as default
  • Anda perlu beri kebenaran untuk aplikasi ini urus senarai kenalan dan log telefon
  • Lalu, tekan Agree dan Continue
  • Klik Go To Setting untuk kebenaran Live Caller ID
  • Anda boleh terus pakai dan buat carian

5. Carian di Semak Mule PDRM

Screenshot 2023 06 19 140344

Aplikasi ini telah dibangunkan oleh pihak PDRM sendiri bagi memudahkan pengguna untuk membuat sebarang semakan berkaitan dengan nombor telefon yang tidak dikenali serta nombor akaun yang meragukan. Pengguna boleh mengakses tanpa was-was kerana pangkalan data ini telah disalurkan oleh pihak autoriti.

Pada masa ini, aplikasi ini hanya terhad untuk pengguna Android sahaja. Anda boleh dapatkan di Google Play Store.

Cara menggunakan Semak Mule PDRM:
  • Muat turun aplikasi Semak Mule PDRM dan pasang di telefon anda
  • Buka dan lihat paparan antara muka utama yang tersedia dengan dua kategori iaitu Akaun Bank Penipu dan Nombor Telefon Penipu untuk membuat carian
  • Pilih mana-mana kategori lalu masukkan nombor yang ingin disemak. Pastikan nombor tersebut dirapatkan tanpa sebarang karakter lain
  • Tekan butan Semak dan hasil carian akan dipaparkan

Pada masa kini, kita kena lebih berwaspada dengan kemajuan teknologi yang membolehkan individu yang berniat jahat untuk memanipulasi anda. Semoga cara menyemak ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengesan sebarang cubaan untuk menipu.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda, dan selamat mencuba!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang