Home Artis Korea 13 Pelakon Korea Ini Masih Laris Walaupun Sudah Berkeluarga

13 Pelakon Korea Ini Masih Laris Walaupun Sudah Berkeluarga

0

Pelakon Korea Song Joong-ki membuat kejutan melalui salah sebuah sesi wawancara dengan media Cina.

Suami Katy Saunders yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata ini menyatakan tentang cabaran bagi pelakon lelaki yang sudah berkeluarga yang berpotensi kehilangan pekerjaan ataupun tidak akan mendapat tawaran kerana status mereka yang sudah berpunya.

Menjadi seorang ayah, mempunyai bayi, dan berkahwin dengan seorang wanita, dalam industri ini kadang kala, kelihatannya seperti kehilangan pekerjaan semakin banyak,” kata Song Joong Ki dipetik dari Allkpop.

Namun, netizen tidak setuju dan merasakan ramai sahaja pelakon lelaki yang sudah berkeluarga tetap hits dan menjadi kegilaan ramai. Mereka juga masih laris dan laki, masih lagi aktif berlakon dalam drama siri dan juga filem.

Siapakah pelakon-pelakon Korea yang bertuah ini? Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:

 

Pelakon korea1. Jo Jung Suk

Sudah mendirikan rumah tangga dengan solois Gummy, pelakon korea terkenal iaitu Jo Jung Suk tetap muncul dalam drama dan filem-filem hits. Jo Jung Suk juga semakin dikenali oleh para peminat antarabangsa melalui drama siri Hospital Playlist.

2ce587ec 7dec 4e64 b663 f82f717b72222. Won Bin

Won Bin menjadi salah seorang pelakon korea senior yang membuktikan kehebatannya walaupun telah berkahwin dan berkeluarga. Walaupun sudah jarang tampil dalam drama dan filem, popularitinya masih tinggi hingga dipilih menjadi bintang untuk berbagai-bagai iklan.

b1c2d8f8 ab9d 429b baf0 52b60f7a7d033. Lee Sun Kyun

Lee Sun Kyun juga telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon jelita Jeon Hye Jin sejak tahun 2009 lagi. Sudah dikurniakan dengan dua orang anak, kehebatan lakonannya dalam drama dan filem memang tidak boleh diragukan lagi.

b425e829 2e9f 484a 8b33 b07159edfc374. Ji Sung

Sangat kerap berjaya mencuri hati para penonton, ternyata Ji Sung telah berkahwin dengan Lee Bo Young yang juga merupakan seorang pelakon. Hasil perkahwinan ini, Ji Sung dianugerahkan dengan dua orang anak. Walau begitu, pelakon ini tetap terpilih untuk membintangi drama baru pada setiap tahun.

a19d064d a1c0 4994 b426 49f4107445b15. Jang Hyuk

Dikenali sebagai pelakon aksi, Jang Hyuk telah berkahwin dengan Kim Yeo Jin pada 2008. Walau sudah berpunya, penonton masih menyukai gandingan pelakon ini dengan Jang Nara hingga beberapa kali digandingkan bersama dalam satu drama. Terbaru, Jang Hyuk bergabung lagi dengan Jang Nara melalui drama Spy x Family (2023).

4ff2b051 f644 4d50 b4dd c662e78149a76. Rain

Berkahwin dengan pelakon wanita terkenal Kim Tae Hee, karier bekas solois dan juga pelakon, Rain tetap cemerlang. Rain sedang membuat persediaan untuk drama terbarunya yang akan ditayangkan pada tahun 2024 akan datang bersama dengan pelakon senior Kim Ha Neul.

a1d53cbf 7086 42f3 a56b 2f5d9ae9063f7. Hyun Bin

Kisah cinta Hyun Bin dan Son Ye Jin disokong oleh ramai peminat. Kini pelakon Korea ini hidup bahagia dengan ditemani isteri dan juga seorang anak, Hyun Bin juga masih aktif berlakon filem dan dibanjiri pelbagai tawaran.

86279fb8 fcc8 44b9 b9fb 9f1e3aa2f1a88. Namkoong Mi

Pelakon Korea Namkoong Min pernah membuat netizen patah hati selepas mengumumkan perkahwinannya dengan model Jin Ah Reum pada tahun 2022. Walaupun begitu, drama One Dollar Lawyer tetap menjadi hits dan Namkoong kini sedang sibuk dengan projek drama baru yang bertajuk Lovers.

7c8f883f 425a 46c8 acdb ad3b733c6fc89. Choi Tae Joon

Perkahwinannya dengan pelakon wanita ternama iaitu Park Shin Hye pernah menghebohkan media sosial. Kini, pelakon Korea ini, Choi Tae Joon telah rasmi menjadi seorang ayah buat seorang anak lelaki. Walaupun sudah berkeluarga, karier Choi Tae Joon kian melonjak dan pelakon ini juga menerima banyak tawaran lakonan.

1592bde3 d64a 4bda bce6 4c519c6ca73510. So Ji Sub

Lama membujang, So Ji Sub akhirnya berkahwin dengan presenter Jo Eun Jung pada tahun 2020. Walaupun sudah berkahwin, So Ji Sub tetap membintangi filem hits Alienoid (2022) dan drama berat seperti Doctor Lawyer (2022).

b2e9a19e 9eca 4a53 8400 73bf71afa7a911. Lee Byung Hun

Lee Byung Hun dan pelakon wanita Lee Min Jung sudah berkahwin sejak tahun 2013. Sudah berkeluarga, Byung Hun masih dibanjiri tawaran, lebih-lebih lagi tawaran untuk projek yang bergenre pertarungan dan aksi. Terbaru, Lee Byung Hun akan tampil kembali dalam daram siri popular Squid Game 2.

021a42df 8f0d 48bc b142 37ce9568754912. Kang Ki Young

Walaupun jarang mendapat watak utama, pelakon Korea Kang Ki Young mempunyai ramai peminat dengan bakat lakonan semula jadinya. Sudah berkahwin dan mempunyai anak, Kang Ki Young tetap laris dan masih aktif berlakon dalam drama dan juga filem.

15c2dda7 65a7 4ba7 ab4d b9f550e3919113. Park Hae Soo

Park Hae Soo juga telah membina berkeluarga dengan pelakon muzikal Lim Kang Hee. Walaupun sudah berkeluarga, Park Hae Soo masih tetap membintangi pelbagai projek gergasi seperti Squid Game (2021), Money Heist Korea (2022), dan juga Phantom (2023).

Jika seseorang pelakon itu berbakat dan mempunyai pakej yang lengkap untuk karier mereka, pasti mereka masih relevan dalam industri dan para peminat akan tetap setia menyokong perjalanan seni mereka. Berumah tangga bukanlah satu penghalang untuk anak seni melangkah lebih jauh dalam kerjaya mereka! Terbukti kesemua pelakon Korea diatas tetap masih laris walaupun telah berumahtangga!

Baca lagi: “See You In My 19th Life” – 3 Sebab Wajib Tonton Kdrama Terbaharu Ini

Baca juga; 100 Pelakon Lelaki Korea Paling Kacak