Home Artis Korea 7 Artis Popular Korea Ini Muncul Sebagai Cameo Dalam Kdrama Popular 2023

7 Artis Popular Korea Ini Muncul Sebagai Cameo Dalam Kdrama Popular 2023

0

Jo Bo-ah adalah salah satu watak utama dalam drama siri popular Tale of the Nine Tailed untuk musim pertama. Jadi tidak hairanlah, watak ini dijemput untuk menjadi cameo di musim kedua drama siri ini.

Pelakon ini hadir sebagai cameo di episod terakhir dengan watak sama seperti musim pertama dulu iaitu watak sebagai isteri kepada Lee Yeon (Lee Dong Wook).

Bukan hanya Jo Bo Ah, terdapat beberapa artis ternama dan popular Korea Selatan yang lain yang muncul sebagai cameo untuk episod menjelang ending beberapa buah drama siri Korea.

Artis-artis terkenal ini muncul sebagai cameo dalam berbagai-bagai Kdrama yang telah ditayangkan sepanjang Januari hingga Jun tahun 2023. Siapakah artis-artis popular ini? Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:

Cameo1. Jo Bo Ah muncul sebagai cameo di episod akhir drama siri Tale of the Nine Tailed 1938, sesuai dengan wataknya pada musim pertama

10d23ec6 a7ef 4839 b4a1 f146f6d502052. Penampilan Im Si Wan menjadi penutup Missing: The Other Side 2. Wataknya sebagai ketua kampung roh yang baru telah berjaya membuat para penonton teruja dan tertanya-tanya

949194c6 93f2 496c a01c 1fe3a796b5583. Sebelum menjadi pelakon utama dalam dua Kdrama, Woo Do Hwan telah muncul sebagai cameo di episod terakhir Poong, the Joseon Psychiatrist 2

a2f2fd6c 6fee 4dbe abdb 7a4b204be98e4. Sebelum Tale of the Nine Tailed 1938, Kim So Yeon tampil memukau sewaktu muncul sebagai cameo di episod akhir drama siri Taxi Driver 2

39b8133e cf89 40a1 871d 5af48714dfed5. Di episod yang sama, pelakon wanita Moon Chae Won juga memberikan penampilan istimewa dalam Taxi Driver 2. Walaupun tanpa sebarang dialog, lakonannya dalam Kdrama ini berjaya menerbitkan keterujaan di hati para peminat

4ed70d0f 01c9 4d9b a998 a7d62a8fbb956. Pelakon Chungmuro, Ryu Seung Ryong juga muncul menjadi bintang undangan di episod 13 The Good Bad Mother sebagai penjahit sut yang mengenali ketua kampung Jou-ri

d56c57a7 f5e6 4897 94a1 5782dd329f917. Park Hyo Joo yang merupakan pelakon tetap pada musim dua, hadir sebagai cameo dalam Dr. Romantic 3 dengan kembali membawa watak sebagai doktor pakar bius

Kesemua tujuh orang artis terkenal Korea Selatan yang tersenarai di atas ini tampil memukau dan luar biasa dengan watak mereka masing-masing. Walaupun hanya sebagai cameo, mereka hanya tampil sebentar, namun kerana kehadiran menjelang dramanya tamat, penampilan istimewa mereka menjadi lebih berkesan dan sentiasa diingati.

Baca lagi: Choi Jin Hyuk – 6 Kdrama Misteri Thriller Terbaik Lakonannya

Baca juga: 13 Pelakon Korea Ini Masih Laris Walaupun Sudah Berkeluarga