Home Artis Korea Berita Gembira, 5 Pasangan Selebriti Korea Selatan ini Menyambut Cahaya Mata dan...

Berita Gembira, 5 Pasangan Selebriti Korea Selatan ini Menyambut Cahaya Mata dan Disahkan Mengandung Awal Tahun ini

0

Kita masih lagi berada pada fasa awal tahun untuk tahun 2024 ini setakat bulan Mac 2024 yang baru meninggalkan kita, industri hiburan Korea Selatan sudah dipenuhi dengan pelbagai berita gembira dan salah satunya adalah berita kehamilan dan juga berita kelahiran cahaya mata pertama pasangan selebriti Korea Selatan.

Baca juga: Berita Bahagia Untuk Peminat, 5 Selebriti Korea Ini Tamatkan Zaman Bujang Pada Tahun 2024

Berikut ini adalah 5 pasangan selebriti Korea yang mengumumkan kehamilan dan kelahiran cahaya mata pertama mereka pada bulan Mac 2024.

 

1. Bae Seulgi dan Lee Seob

fbaf1884 e04f 416e 89d4 187961c371fdSelepas melangsungkan perkahwinan dengan Youtuber Lee Seob pada tahun 2020, pelakon wanita Bae Seulgi akhirnya mengumumkan kehamilan anak pertama mereka. Melalui video yang dikongsi di akaun YouTube peribadinya yang bertajuk Shy Confession pada Ahad, 17 Mac 2024 , Bae Seulgi berkongsi cerita tentang perjalanan kehamilannya.

Bae Seulgi menceritakan bahawa usia kandungannya baru memasuki usia sembilan minggu. Bae Seulgi juga memberi nama panggilan pada bayinya iaitu Lee Seul yang merupakan gabungan namanya dan suaminya.

 

2. Park So Hong dan Kim Da Ye

a8accee3 1599 4e9c 88b7 6b705ec406eeBerita gembira datang dari pasangan selebriti Park So Hong dan isterinya Kim Da Ye yang akhirnya dikurniakan cahaya mata pertama. Diumumkan melalui saluran YouTube peribadi mereka pada 18 Mac 2024, Kim Da Ye yang kini sedang sarat mengandung merasa sangat bersyukur.

Dia dan Park So Hong akhirnya mendapat berita gembira ini pada tahun ketiga perkahwinan mereka. Park So Hong dan Kim Da Ye rasmi berkahwin pada tahun 2021.

Baca juga: Ingin Kelihatan Seperti Selebriti Korea? Solekan Wajah Nampak Polos dan Semulajadi? Cuba 7 Tips Trend Solekan Ini

3. Jang Su Won SECHSKIES dan Ji Sang Eun

SelebritiDiumumkan oleh Ji Sang Eun pada Khamis, 21 Mac 2024, dia merasa sangat gembira dikaruniakan anak pertama. Tidak ketinggalan, Jang Su Won SECHSKIES juga berkongsi gambarnya yang memegang gambar USG milik isteinya. Jang Su Won SECHSKIES telah mendirikan rumah tangga dengan Ji Sang Eun pada tahun 2021.

 

4. Boom dan isterinya (bukan selebriti)

326514fa 4d11 4d0b 9a4e c31211755080Sehari kemudian, berita gembira datang dari pelawak terkenal, Boom. Melalui wakil agensi yang menaunginya iaitu TN entertainment, mereka berkongsi berita tentang isteri Boom yang telah melahirkan anak pertama mereka yang merupakan seorang bayi perempuan.

Keadaan ibu dan juga bayi dalam keadaan selamat dan Boom sentiasa menjaga mereka. Boom telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya yang bukan dari golongan selebriti pada tahun 2022. Isteri Boom lebih muda tujuh tahun darinya.

Baca lagi: 6 Selebriti Korea ini Bermula Sebagai Pasangan dalam Projek Seni, Akhirnya Terikat Hubungan Cinta

5. Yukika dan Min Hyuk MAP6

Artis koreaBerikutnya adalah pasangan penyanyi solo Yukika dan suaminya Min Hyuk MAP6 yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka. Diumumkan melalui akaun media sosial mereka pada Isnin, 25 Mac 2024, Yukika telah melahirkan seorang bayi perempuan. Sebelum ini, diawal tahun 2024 Yukika memutuskan untuk berehat dari dunia hiburan untuk fokus menjaga kehamilannya.

Perjalanan asmara dan kisah cinta Yukika dan Min Hyuk MAP6 memang banyak mendapat perhatian dan sorotan. Dikenali sebagai pasangan yang manis, mereka rasmi mendirikan rumah tangga pada bulan Mac 2023.

Tahniah dan semoga terus berbahagia buat semua ya!

Baca lagi: 3 Drama Korea Tentang Peguam Yang Handal dalam Menyelesaikan Kes Penceraian
Baca juga: Selebriti Korea Terkaya 2024 dan Nilai Bersih Mereka