Home Kdrama/Kmovie 3 Drama Korea Tentang Peguam Yang Handal dalam Menyelesaikan Kes Penceraian

3 Drama Korea Tentang Peguam Yang Handal dalam Menyelesaikan Kes Penceraian

0

Drama dengan tema penceraian dan konflik rumahtangga merupakan topik yang kompleks. Persengketaan tentang hak jagaan anak, pelbagai tuntutan, dan masih banyak isu lain yang turut mewarnai proses penceraian. Menghadapi sebuah penceraian saja sudah membuatkan emosi tidak stabil, tentu lebih sukar jika menghadapinya berulang kali.

Tetapi itulah yang perlu dihadapi oleh watak-watak protagonis dalam drama-drama siri di bawah ini. Jika anda mencari drama Korea yang penuh dengan kisah selok-belok undang-undang, kisah romantik yang rumit, dan kes penceraian yang menegangkan, 3 pilihan drama Korea ini boleh dijadikan tontonan anda!

 

1. Queen of Divorce (2024)

DramaKim Sa Ra (Lee Ji Ah), seorang peguam penceraian terkenal dengan kadar kemenangan yang tinggi di mahkamah. Selepas beberapa tahun perkahwinannya, dia diperangkap oleh mertua dan suaminya atas tuduhan jenayah palsu. Sa Ra terpaksa meringkuk dalam penjara.

Untuk memperjuangkan kembali hak jagaan atas anaknya, kini dia menjadi ketua pasukan perkhidmatan penceraian. Bersama bekas pendakwa raya, bekas polis, dan seorang penggodam, mereka melakukan segala-galanya demi membantu para para pelanggan yang menghadapi kesukaran dalam proses penceraian.

Strim di Viu!
Baca juga: Tampil Hebat Sebagai Isteri Teraniaya Di “Queen of Divorce, Berikut 3 Kdrama Lee Ji Ah Yang Harus Anda Tonton di Viu

2. Divorce Attorney Shin (2023)

c16fba83 16e6 4dc4 9923 e3029bd5d457Drama Netflix ini merupakan adaptasi dari webtoon bertajum Shinsunghan Yihon karya penulis Yoo Young A. Cho Seung Woo dipilih sebagai pelakon utama dan membawa watak yang bernama Shin Sung Han yang pada awalnya bekerja sebagai profesor muzik di sebuah universiti di Jerman.

Sesuatu terjadi dan memaksanya untuk kembali ke Korea. Shin Sung Han kemudian melepaskan kerjayanya sebagai profesor dan kembali ke Korea untuk menjadi seorang peguam. Namanya sangat terkenal sebagai peguam dalam bidang penceraian. Hampir semua kes yang ditanganinya telah berjaya dimenangi.

Drama Divorce Attorney Shin akan membawa penonton menyelami liku-liku pelbagai kes penceraian yang berbeza-beza pada setiap episod.

 

3. Strangers Again (2023)

15749506 1c4e 4860 b917 be45b95931c4

Ditayangkan pada tahun lalu, Strangers Again menampilkan kisah cinta antara Kang So Ra (Oh Ha Ra) dan Goo Eun Beom (Jang Seung Jo). Kedua-duanya adalah bekas suami isteri dan mereka berdua adalah peguam. Kerana kehebatannya menangani kes penceraian, Kang So Ra digelar sebagai Dewi Litigasi di pejabatnya.

Suatu hari Kang So Ra kembali bertemu dengan bekas suaminya yang tiba-tiba juga bekerja di firma guaman yang sama dengannya. Kedua-duanya terpaksa bekerja sama dalam menjalankan tugas mereka sebagai peguam.

Namun keadaan tersebut sering kali menjadi penyebab konflik antara Kang So Ra dan Goo Eun Beom yang mengingatkan kisah mereka pada masa lalu.

Terdapat banyak pengajaran berharga dari kes-kes penceraian yang ditangani oleh peguam-peguam dalam drama-drama ini. Selain erti sebenar berumah tangga, kita juga akan mengetahui kesan dan kebaikan dari penceraian. Selamat menonton ya!

Baca lagi: Jeon Jong Seo Pula Terpalit Isu Buli Semasa Zaman Persekolahan, Keadaan Kian Panas
Baca juga: 5 Watak dan Kerjaya Profesional yang Ditonjolkan dalam Drama Nothing Uncovered, Dedahkan Pelbagai Sisi Kehidupan