Home Artis Korea Jeon Jong Seo Pula Terpalit Isu Buli Semasa Zaman Persekolahan, Keadaan Kian...

Jeon Jong Seo Pula Terpalit Isu Buli Semasa Zaman Persekolahan, Keadaan Kian Panas

0

Tuduhan sebagai kaki buli kembali hangat dan kini tuduhan itu dilemparkan kepada salah seorang pelakon wanita Korea yang kini sedang mencipta nama.

Kali ini, giliran Jeon Jong Seo yang membintangi drama “Wedding Impossible” yang dituduh telah melakukan keganasan di sekolah.

Dipetik dari AllKpop, tuduhan membuli Jeon Jong Seo tersebut muncul di berbagai-bagai komuniti online pada Khamis, 4 April 2024. Mari kita lihat kronologi dan juga respons pihak agensi artis tersebut di bawah ini.

 

1. Jeon Jong Seo menghadapi tuduhan membuli di sekolah

Jeon jong seoJeon Jong Seo berjaya menarik perhatian dengan penampilannya dalam drama Wedding Impossible. Namun di tengah-tengah kejayaannya, kini dia perlu berdepan dengan cabaran besar iaitu tuduhan membuli di masa lalu.

Seorang netizen yang tidak disebutkan namanya mengaku pernah bersekolah di sekolah menengah yang sama dengan Jeon Jong Seo di Yeongdeungpo. Menurutnya, waktu itu, Jeon Jong Seo suka mengambil pakaian seragam milik pelajar-pelajar lain dan akan memberontak jika kehendaknya tidak dituruti.

“Dia mencuri pakaian seragam pelajar-pelajar lain dan pakaian seragam sukan sesuka hatinya, mengutuk mereka jika mereka menolak untuk menyerahkan pakaian seragam mereka, dan terlibat dalam pergaduhan. Suatu masa, ketika saya menolak untuk memberikan pakaian seragam saya, dia memaki hamun saya setiap kali dia melihat saya di sekolah. Saya akan lari dan bersembunyi di bilik air, dan dia akan menendang pintu jadi saya tetap berada di bilik air itu dan menunggu hingga suasana menjadi sunyi sebelum saya keluar.”

Beberapa orang mendakwa Jeon Jong Seo lulus sekolah menengah di luar negara jadi tuduhan membuli pasti hanya khabar angin, tetapi dia bersekolah di sekolah menengah di Yeongdeungpo hingga awal tahun kedua. Setahun sebelum berpindah ke luar negara.

Baca juga: Jeon Jong Seo Pelakon Serba Boleh, Ini 8 Filem dan Drama Lakonannya, Terbaru ialah Wedding Impossible

2. Mengesyaki pihak agensi telah memadam hantaran tentang tuduhan membuli di masa lalu

d72a352f db73 4ebf a5a3 c9652013b616Lebih lanjut, netizen tersebut juga mengatakan dia muak melihat iklan-iklan Jeon Jong Seo yang makin banyak belakangan ini. Dia cuba untuk mencari hantaran tentang tuduhan kes buli pelakon itu di masa lalu, tetapi ternyata sudah hantaran-hantaran tersebut sudah dipadamkan.

“Saya terus melihat iklan lakonan Jeon Jong Seo akhir-akhir ini dan itu membuatkan saya marah, jadi saya mula mencari berita tentang dia, dan saya melihat satu hantaran online berbicara tentang bagaimana tuduhan masa lalu mengenai keganasan di sekolah terhadapnya telah dipadamkan tanpa jejak. Saya juga mencari hantaran yang saya tulis di masa lalu, dan memang benar, hantaran itu juga hilang.”

Netizen tersebut yakin ada banyak hantaran tentang tuduhan dan dakwaan dengan cerita serupa di masa lalu, namun semuanya hilang begitu sahaja tanpa jejak. Dia mengesyaki pihak agensi telah memadamkan hantaran-hantaran online tersebut.

 

3. Respon ANDMARQ selaku agensi

cc809024 3f1f 43d6 970b 130fdd904da3Sementara itu, wakil ANDMARQ selaku agensi Jeon Jong Seo kini sedang menyediakan kenyataan mereka berkaitan tuduhan tersebut.

“Kami sedang menyediakan kenyataan,” demikian respon pihak agensi, dipetik dari AllKpop, Khamis, 4 April 2024.

Aduh, macam-macam sahaja!

Baca lagi: Kekal Popular 11 Tahun Berturut-Turut, Lee Min Ho Diundi Sebagai Simbol Gelombang Hallyu 2024
Baca juga: Semakin Kecoh, Song Ha Yoon Akhirnya Mengaku Pernah Dibuang Sekolah Kerana Skandal Buli