Home Kdrama/Kmovie “The Sin”, Filem Horror Korea Menghidupkan Orang Mati, Bakal Ke Pawagam Tidak...

“The Sin”, Filem Horror Korea Menghidupkan Orang Mati, Bakal Ke Pawagam Tidak Lama Lagi

0

Filem seram dari negara Korea Selatan ternyata bukan hanya Exhuma sahaja yang ditayangkan di pawagam pada tahun ini. Terbaru, filem bertajuk The Sin juga ditayangkan di pawagam pada bulan April 2024. Filem dari Korea Selatan ini diarahkan oleh Han Dong-seok.

The Sin ialah filem seram Korea Selatan 2024 di mana golongan muda diambil bekerja untuk melakukan tarian ritual dukun oleh pengarah filem yang gila.

Filem ini akan mengajak para penonton untuk menelusuri sebuah sekolah terbengkalai yang berada di sebuah kampung terpencil. Sekolah inilah yang bakal menjadi tempat bagi peristiwa-peristiwa mengerikan.

Menarik untuk ditonton, mari kita lihat dahulu maklumat lengkap serta trailer filem ini dibawah ya!

1. Sinopsis The Sin

The sinCerita dalam filem The Sin dimulakan pada waktu para pelakon dan staf produksi tiba di sebuah sekolah misteri untuk melakukan proses penggambaran. Sejak kali pertama menginjakkan kaki di situ, mereka terus merasakan terdapat kuasa dan tenaga misteri yang menyelimuti kawasah tersebut.

Walau demikian, proses penggambaran yang tidak boleh berhenti begitu sahaja tetap diteruskan dengan memperlihatkan Si Young, bekas penari yang menjadi bintang utama dalam filem seni avant-garde. Bersama Chae Yoon, mereka mempersembahkan koreografi seperti ritual bomoh.

Situasi waktu itu berubah secara drastik selepas sebuah insiden mengerikan terjadi di lokasi penggambaran. Seorang kru penggambaran jatuh dari bumbung seperti dirasuk kuasa ghaib. Orang-orang di sekitar melihat tubuhnya yang hancur mula bangkit bagaikan mayat hidup.

Gangguan dan kengerian kemudian makin menjadi-jadi apabila mereka yang ‘dijangkiti’ mula menyerang staf lainnya dan mengubah mereka berubah menjadi makhluk yang mengerikan. Mereka yang belum dijangkiti masih berjuang untuk bertahan hidup dan mengungkap misteri tentang peristiwa itu.

Baca juga: 9 Filem Korea Paling Hits Pada Tahun 2024 Setakat Ini, Cecah Jutaan Penonton

2. Senarai pelakon filem The Sin

IMG 1442Sebelum ditayangkan di pawagam secara rasmi, filem The Sin sudah terlebih dahulu muncul di Torino Film Festival edisi ke-41. Untuk menghidupkan cerita dalam filem ini, filem The Sin turut dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal dan ternama.

Senarai pelakon filem The Sin ialah:

IMG 1439
● Kim Yoon Hye sebagai Shi Young
● Song Yi Jae sebagai Chae Yoon
● Park Ji Hoon sebagai Hwi Wook

Baca juga: Kim Go Eun Tampil Mengagumkan Sebagai Bomoh dalam “EXHUMA”, Ini 8 Filem Lakonannya

3. Filem The Sin tayang di pawagam pada 3 April 2024

IMG 1441Filem seram Korea bertajuk The Sin sudah ditayangkan di pawagam Korea Selatan bermula 3 April 2024. Filem berdurasi sekitar 102 minit dan dikategorikan rating 17+. Kini, peminat filem seram Korea di Malaysia boleh menonton di pawagam GSC pada 25 April nanti!

Jika ingin mengetahui gambaran besar tentang filem ini sebelum menonton di pawagam, anda boleh menyaksikan trailer filem The Sin yang sekarang sudah boleh ditonton di YouTube.

Baca lagi: Minat Exhuma? Pastikan Tonton 7 Kdrama Ini, Ada Vibe Sama