Home Kdrama/Kmovie Minat Exhuma? Pastikan Tonton 7 Kdrama Ini, Ada Vibe Sama

Minat Exhuma? Pastikan Tonton 7 Kdrama Ini, Ada Vibe Sama

0

Exhuma (2024) merupakan filem dari Korea Selatan yang mengusung genre misteri-okultisme. Filem ini ditayangkan pada 22 Februari 2024 di Korea Selatan dan terus mendapat sambutan hangat. Populariti filem Exhuma sangat tinggi!

Exhuma mengisahkan tentang gangguan mistik yang dialami oleh keluarga konglomerat Korea yang tinggal di Amerika Syarikat. Mereka memanggil dua orang dukun muda dari Korea untuk menghentikan gangguan tersebut. Rupa-rupanya, kejadian ini memiliki kaitan dengan kubur nenek moyang yang meminta lokasi kubur dipindahkan. Kisahnya tidak berhenti di situ sahaja, bahaya tidak dijangka yang lebih besar malah mengintai-intai mereka selepas proses pembongkaran kubur dilakukan.

Jika anda peminat genre okultisme yang mencengkam perasaan dan penuh misteri, pilihan Kdrama Korea menyerupai Exhuma ini boleh anda tonton.

 

1. The Guest (2018)

f176ac5a 8b5d 4c95 96e2 ad4ea66476d8Jangan berani menonton waktu malam, kerana drama Korea The Guest bakal membuat anda ketakutan!

Tonton treler disini

 

2. Priest (2018)

d69391cb 0b66 465c 880b f9c52a6ba882Menceritakan tentang pastor yang hidupnya dikelilingi oleh perkara supernatural. Drama ini agak underrated, harus ada dalam senarai tontonan anda!

Tonton treler disini

 

3. The Cursed (2020)

73b0f748 b346 4a5c 8be8 cf43c006d3e7Seorang konglomerat dalam The Cursed (2020) melakukan ritual aneh demi untuk mengumpulkan harta dan kekuatan. Satu perkara yang memang mirip dengan tema kerakusan kuasa dalam filem Exhuma

Tonton di iQIYI

 

4. Sell Your Haunted House (2021)

073fd203 913a 41e3 95b4 24b666225f6bSell Your Haunted House (2021) menampilkan kisah pengusir syaitan yang berusaha mengusir roh jahat, mirip seperti dalam filem Exhuma. Siri ini mendapat rating 8.3 dari 11939 orang pengguna di laman MyDramaList. Jang Na-ra membawa watak sebagai broker hartanah yang bernama Hong Ji-ah. Menariknya, Ji-ah juga adalah seorang pengusir syaitan. Dia menawarkan khidmat untuk membersihkan bangunan-bangunan berhantu.

Tonton di NETFLIX!

 

5. Monstrous (2022)

d2319aa7 09ec 4ed3 ae4e 1b873fa2b1c8Monstrous (2022) menceritakan tentang fenomena supranatural yang disebabkan oleh sebuah patung Buddha yang dirasuk oleh roh jahat

Tonton di Viu!

 

6. Island (2022—2023)

KdramaIsland berlatarkan Pulau Jeju dan mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang melakukan pengusiran syaitan. Van (Kim Nam Gil) dibesarkan untuk menjadi senjata yang melawan roh jahat dan membunuh mangsa yang dirasuk. Walaupun tidak menunjukkan emosi, dia menyimpan rasa bersalah dalam hati dan fikirannya.

Van bertemu dengan Won Mi Ho (Lee Da Hee), wanita dari keluarga kaya raya yang dihantar ke Pulau Jeju setelah membuat kesalahan. Won Mi Ho bekerja sebagai guru. Dan ada John, (Cha Eun Woo) pendeta Katolik yang kerap melakukan pengusiran syaitan. Ketiga-tiga mereka akan bekerja sama untuk mengusir roh jahat yang ingin menghancurkan dunia.

Tonton di Prime Video!

 

7. Revenant (2023)

ExhumaKim Tae Ri tampil cemerlang dalam drama ini. Revenant menceritakan tentang seorang gadis yang dirasuk makhluk halus dan seorang profesor budaya yang bergabung menyelesaikan misteri bunuh diri di yang berlaku.

Tonton di Disney+!

Nuansa mencengkam yang dipenuhi misteri dari ketujuh-tujuh Kdrama tersebut, tidak kurang hebatnya dan memberikan vibe ngeri sama dengan filem EXHUMA. Jangan lupa untuk masukkan ke dalam watchlist anda ya!

Baca juga: 5 Filem Karya Jang Jaehyun, Terbaru ‘EXHUMA’, Catat Box Office Di Korea
Baca lagi: 9 Filem Lain, Vibe Sama seperti Exhuma, Mencengkam Perasaan