Home Filem Indonesia/Melayu Drama Melayu Belang Khir Rahman Sebagai Suami Red Flag Akhirnya Terbongkar Dalam Terlanjur Cinta

Belang Khir Rahman Sebagai Suami Red Flag Akhirnya Terbongkar Dalam Terlanjur Cinta

0

Terlanjur Cinta ialah sebuah siri Viu Original ciptaan Eirma Fatima yang dibintangi oleh Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Khir Rahman, Datin Seri Umie Aida dan Syafi Tee. Drama arahan Izuan Mokhtar ini bersiaran di platform penstriman Viu pada setiap Khamis hingga Sabtu.

IMG 1494

Bagi korang yang belum mula tonton “Terlanjur Cinta”, sekarang masanya korang boleh mulakan! Ini adalah kerana “Terlanjur Cinta” akan melabuhkan tirainya pada 6 April 2024.

Plot drama ini kini menuju kemuncaknya, kisahnya semakin rumit dan menegangkan dalam episod terbaru, episod 10. Sebelum kita melihat ringkasan ulasan episod terkini, jom kita lihat semak semula sinopsis drama ini ya!

SINOPSIS

IMG 1491 1

Aishah (Puteri Balqis), seorang gadis muda yang harus mengenepikan cintanya terhadap rakan dari kecil, Amir (Syafiq Kyle) dan terpaksa berkahwin dengan seorang duda tua bernama Pak Majid (Khir Rahman) demi menyelamatkan abangnya, Salleh (Syafie Naswip) yang terlibat dengan dadah.

Dalam masa yang sama, Amir teman rapat Aishah sejak kecil yang mencintainya, masih lagi mengintai peluangnya dari jauh, dengan harapan dapat memberi kebahagiaan yang seharusnya dimiliki Aishah.

Walaupun berkahwin hanya kerana ingin menyelamatkan Salleh, Aishah mula membuka hati menerima Pak Majid. Keperibadian Pak Majid yang sopan dan budiman membuatkan Aishah mula jatuh hati walaupun terdapat perbezaan usia.

Tetapi malangnya keadaan berubah. Perkahwinan itu membawa konflik dan cabaran dalam rumah tangganya apabila Pak Majid membawa pulang isteri kedua selepas pulang dari Indonesia. Sikap baik Pak Majid sebelum ini mula berubah menyebabkan Aishah menjadi keliru.

REKAP EPISOD 10

Terlanjur cinta

Sudah jatuh ditimpa tangga, malang sungguh nasib Aishah. Tatkala cintanya mula utuh terhadap suaminya, ketika itulah juga Pak Majid mula berubah hati. Pak Majid berubah menjadi seorang yang panas baran, cemburu membabi buta, dan sering melakukan kekerasan ke atas Aishah.

Kemunculan Ayuni (Sharifah Sakinah) secara tiba-tiba dalam kehidupan Aishah menambahkan lagi kerumitan rumah tangganya, Ayuni mendedahkan rahsia gelap Pak Majid yang cukup mengejutkan!

IMG 1496

Sementara itu, isteri kedua Pak Majid pula mempunyai niat buruk apabila mengahwini Pak Majid. Sehingga menyebabkan mental, emosi dan fizikal Aishah semakin teruk dari hari demi hari, dek dibelasah dan dilayan kasar oleh Pak Majid.

Nah, jika korang ingin tahu bagaimanakah nasib akhir Aishah dengan keluarganya dan Amir,  pastikan korang tonton drama Terlanjur Cinta ini di Viu ya!

Bagi anda yang ingin menonton drama-drama Melayu menarik lain yang masih dan sedang disiarkan, boleh strim melalui aplikasi Viu ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai drama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Terlanjur Cinta, Membariskan Pelakon A-Class, Drama Melayu Viu Original Wajib Tonton Ramadan Ini
Baca juga: Comeback Kim Ha Neul Dalam “Nothing Uncovered”, Thriller Misteri Terbaru di Viu
Baca juga: The Escape of The Seven: Resurrection Semakin Sengit, Permulaan Plot Dendam Min Do Hyuk