Home Dari Kisah Benar Panggonan Wingit, Filem Seram Indonesia Berdasarkan Kisah Benar Hotel Berhantu di Semarang

Panggonan Wingit, Filem Seram Indonesia Berdasarkan Kisah Benar Hotel Berhantu di Semarang

0

Filem seram Indonesia bertajuk Panggonan Wingit atau tajuk Inggerisnya “The Haunted Hotel”, ditayangkan di pawagam Indonesia pada November 2023 lalu, dan kini penonton boleh strim di Netflix.

Filem yang dibawakan oleh rumah produksi Hitmakers Studios ini mengisahkan pengalaman mistik penghuni hotel di Semarang.

Filem yang dibintangi oleh Luna Maya ini adalah berdasarkan kisah benar. Tajuk filem Panggonan Wingit berasal daripada bahasa Jawa. Panggonan Wingit bermaksud tempat suci atau tempat berhantu.

Panggonan wingit

Filem ini mengisahkan kehidupan adik-beradik iaitu Raina lakonan Luna Maya dan adiknya lakonan Bianca Hello. Mereka berdua mengambil keputusan untuk berpindah dari Jakarta dan menetap di Semarang. Keputusan ini diambil kerana ingin menguruskan hotel warisan keluarga.

Hotel tersebut merupakan warisan daripada datuk dan nenek mereka iaitu Garinto dan Nenek Suktini. Raina dan adiknya juga melaksanakan amanat ini dengan baik. Mereka dikehendaki memenuhi beberapa nasihat yang diberikan oleh nenek mereka.

Antara kandungan nasihat yang diberikan oleh Nenek Suktini ialah ada satu peraturan yang tidak boleh dilanggar. Peraturan itu menyatakan bahawa sesiapa di dalam hotel dilarang memasuki tingkat tiga kerana terdapat rahsia yang dahsyat di dalamnya.

Hotel ini diberi nama Hotel Ambar Mangun. Namun, pada hakikatnya menguruskan hotel bukanlah sesuatu yang mudah bagi Raina dan Fey. Kejadian ngeri itu bermula apabila Raina terdengar bunyi tangisan misteri di tingkat tiga hotel itu. Ini membuatkan Raina ingin tahu, lalu mereka memutuskan untuk menyiasat

Akhirnya, dia memasuki bilik tanpa nombor, di mana sumber bunyi itu datang. Raina nekad memasuki salah sebuah bilik tanpa nombor di tingkat 3. Di situ dia ternampak susuk tubuh seorang wanita tua berkulit sangat pucat. Wanita tua itu mengeluarkan kata-kata misteri, “Telung dino,tengah wengi,” yang bermaksud “Tiga hari, tengah malam.”

IMG 1477

Daripada kejadian ini, Raina menyedari nyawanya terancam kerana telah memasuki kawasan larangan iaitu Panggonan Wingit atau tempat berhantu. Atuk Garinto, Nenek Suktini, dan Fey berusaha bersungguh-sungguh mencari jalan untuk mengelakkan Raina daripada bahaya ini. Mereka juga cuba menyingkap misteri di sebalik bilik gelap tanpa nombor itu.

Filem Panggonan Wingit dibintangi oleh Luna Maya, Christian Sugiono, Bianca Hello, Egi Fedly, Firstriana Aldila, Rafael Adwel, Budi Ros dan Oce Permatasari.

Kisah Benar Disebalik Wanita Misteri

IMG 1478

Tempat itu dinamakan Panggonan Wingit, salah satu tempat berkumpulnya makhluk-makhluk ghaib di hotel tersebut. Mulai saat itu jalan cerita filem seram ini mula tegang dan mencengkam.

Biarpun berada di kawasan sibuk dan lokasi yang strategik, hotel kosong ini rupanya menyimpan pelbagai kisah mistik. Pada tahun 1990-an hotel ini berhenti beroperasi.

Salah satu bilik di hotel ini juga menjadi saksi kepada kes pembunuhan yang mengerikan. Dikatakan, sosok wanita yang dibunuh di dalam bilik hotel masih menghantuinya sehingga kini.

Ia bukan sahaja dihuni oleh hantu wanita yang dibunuh wanita misteri, orang ramai yang melalui hotel ini juga pernah melihat kemunculan pocong di satu sudut hotel. Kononnya lembaga kuntilanak itu juga gemar tinggal di bangunan kosong ini.

Dikatakan, roh wanita itu masih menghantui kawasan hotel sehingga menimbulkan suasana tegang dan tidak dapat dilupakan. Biarpun pintu ditutup kepada orang ramai, namun masih ramai yang datang membuat penggambaran, atau sekadar ingin merasai suasana misteri yang menyelubungi bangunan ini.

Sesetengah orang melaporkan mendengar tapak kaki misteri di lorong hotel yang gelap, manakala yang lain mendakwa merasakan kehadiran yang tidak kelihatan.

Nah, begitulah kisahnya. Kedengaran menarik kan? Filem Panggonan Wingit atau tajuk Inggerisnya “The Haunted Hotel” ini kini boleh strim dan tonton di Netflix ya!

IMG 1476

Baca lagi: 10 Filem Seram Sains Fiksyen Ini Memberikan Pengalaman Menonton Yang Memuaskan
Baca juga: Antara 10 Filem Seram Terbaik Mengikut Rating IMDb, Sudahkah Anda Tonton?