Home Kdrama/Kmovie Masih Ingat Under The Queen’s Umbrella? Ini 9 Projek Kdrama 2024 yang...

Masih Ingat Under The Queen’s Umbrella? Ini 9 Projek Kdrama 2024 yang Melibatkan Pelakon-Pelakon Drama Tersebut

0

Under the Queen’s Umbrella merupakan sebuah Kdrama bergenre sageuk yang menceritakan tentang kisah Permaisuri Im Hwa Ryeong (Kim Hye Soo) yang berusaha untuk melindungi keluarganya. Tambahan pula, dia memiliki empat orang putera raja yang selalu membuat masalah. Dia juga perlu selalu bersedia untuk menjaga posisinya dari beberapa pihak yang selalu berusaha untuk menjatuhkannya.

Kdrama yang ditayangkan pada tahun 2022 ini berjaya menarik perhatian ramai penonton. Terbukti dengan pencapaian rating untuk setiap episod yang sangat tinggi. Populariti drama ini membuatkan nama setiap pelakon yang membintangi drama ini meletup. Pada tahun ini, beberapa orang pelakon drama Under the Queen’s Umbrella juga turut muncul di kaca TV dengan membintangi pelbagai drama.

Berikut adalah sembilan drama Korea yang dibintangi oleh pelakon-pelakon Kdrama Under the Queen’s Umbrella.

 

 

Drama
1. Pelakon senior Kim Hae Sook merupakan salah seorang pelakon yang membintangi drama fantasi My Demon yang melabuhkan tirainya pada bulan Januari lalu

 

 

Kdrama
2. Siri Netflix Gyeongseong Creature menampilkan dua bintang Under the Queen’s Umbrella iaitu Kim Hae Sook dan Ok Ja Yeon yang juga mengambil peranan penting

 

 

03450fb1 98d0 4dff 8ecc afcce4086cdd
3. Selain My Demon dan Gyeongseong Creature, Kim Hae Sook juga akan menemui para peminat melalui drama Mr. Plankton bersama dengan Woo Do Hwan dan Lee Yoo Mi

 

 

0be78cff 568c 44a6 8878 c6c2bff22097
4. Moon Sang Min berjaya membuat penonton terpukau dengan penampilannya sebagai Putera Seong Nam. Tahun ini, dia diberi kepercayaan sebagai pelakon utama dalam drama Wedding Impossible yang tayang secara perdana pada 26 Februari 2024

 

 

9654dac7 da13 4745 aa5f def22164a947
5. Bae In Hyuk dan Yoo Seon Ho digandingkan kembali sebagai sepasang saudara dalam Kdrama The Story of Park’s Marriage Contract. Dalam drama ini mereka juga terlibat dalam cinta tiga segi

 

 

83dd3f3d 016e 459a 85ca 8fa1e3aec301
6. Yoon Sang Hyeon berjaya menjadi scene stealer dalam drama Doctor Slump yang kini sedang ditayangkan di JTBC. Dalam Kdrama ini, dia membawa watak sebagai Nam Ba Dayang yang merupakan adik kepada watak yang dibawa oleh Park Shin Hye

 

 

630007b1 85cb 4e24 afc4 4cda6210d122

7. Tidak ketinggalan, Kang Chan Hee juga akan membintangi Kdrama sageuk terbaru yang bertajuk Chunhwa Love Story dengan membawa watak yang bernama Jang Won

 

 

e6cabeef 4bb6 44fe 8913 18e43fc1e90f
8. Ok Ja Yeon mengambil bahagian dalam Kdrama LTNS yang ditayangkan sebanyak enam episod. Dalam drama ini, dia bergandingan dengan Ahn Jae Hong dan Esom

 

 

Kdrama
9. Kembali membintangi Kdrama sageuk, Han Dong Hee membawa watak sebagai Hong Jang dalam drama Captivating the King yang ditayangkan di tvN

Para pelakon drama Under the Queen’s Umbrella memang memiliki bakat lakonan yang memukau. Di antara drama-drama di atas, drama manakah yang sudah anda tonton?

Baca lagi: Minat Wedding Impossible? Ini 9 Kdrama dan Kmovie yang Dibintangi Pelakon Utamanya
Baca juga: Belang Khir Rahman Sebagai Suami Red Flag Akhirnya Terbongkar Dalam Terlanjur Cinta