Home Artis Korea “Hijacking”, Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Bakal Tayang Jun 2024 Ini

“Hijacking”, Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Bakal Tayang Jun 2024 Ini

0

Ha Jung Woo nampaknya bakal kembali dengan filem baru bertajuk “Hijacking” pada tahun 2024 ini. Pada tahun lalu, bintang filem terkenal ini sangat aktif melibatkan diri dalam dunia perfileman kerana terdapat dua buah filem lakonannya yang berjaya ditayangkan.

Kedua-dua filem tersebut adalah Unofficial Operation bergandingan dengan Ju Ji Hoon dan Road to Boston bergandingan dengan Im Siwan.

Dalam filem terbarunya ini, pelakon terkenal Yeo Jin Goo akan bergandingan dengan Ha Jung Woo. Kedua-dua mereka bekerjasama berlakon dalam filem terbitan Kidari Studio yang bertajuk Hijacking. Filem ini telah disahkan bakal ditayangkan pada pertengahan tahun 2024.

IMG 1533

‘Hijacking’ disahkan berdasarkan kisah sebenar 1971 Skyjacking Pesawat Penumpang F-27 Korea oleh seorang pelaku berusia 22 tahun, lakonan Pelakon Yeo Jin-Goo. Sebuah pesawat penumpang Fokker F-27 Friendship 500, berdaftar HL5212, adalah pesawat yang terlibat dalam rampasan Januari 1971 berhampiran Sokcho.

Sebelum itu, jom sama-sama kita lihat beberapa perkara menarik tentang filem Hijacking seperti berikut ini ya!

 

IMG 1535
1. Hijacking menggunakan latar tahun 1971 tentang perjuangan mangsa-mangsa di dalam kapal terbang yang ditawan ketika dalam penerbangan di wilayah udara Korea

 

 

Hijacking
2. Filem ini diarahkan oleh Kim Sung Han dan skrip ditulis oleh Kim Kyung Chan yang juga turut terlibat dalam penghasilan filem 1987: When the Day Comes

 

 

Hijacking
3. Ha Jung Woo membawa watak sebagai seorang juru terbang yang bernama Tae In. Sebagai bekas juru terbang pesawat tempur angkatan udara, Tae In memiliki kebolehan yang sangat baik

 

 

903cff10 dba7 4db4 894e c80adc0a2ffb
4. Kapal terbang yang dikendalikan oleh Tae In tiba-tiba ditawan. Waktu itu, dia bertugas dengan syarikat penerbangan kapten Gyu Sik yang turut berjuang bersama-sama untuk mendaratkan kapal terbang

 

 

761ddd26 924e 4566 a869 1c772c9fb8c6
5. Watak Gyu Sik dibawa oleh Sung Dong Il. Dia akan sekali lagi berlakon bersama-sama dengan Yeo Jin Goo yang membawa watak sebagai salah seorang penumpang dalam kapal terbang tersebut

 

 

f838d97c 9f28 4024 b38d 86632f7435c5
6. Chae Soo Bin juga turut berlakon dalam filem ini dan membawa watak sebagai Ok Soon. Dia adalah pramugari yang tenang dan kuat hati menangani krisis apabila kapal terbang telah ditawan

 

 

2222c6e4 7e07 4a0f 97e1 2be19ca7bd42
7. Suasana tegang dalam pesawat yang ditanpilkan dalam filem Hijacking dapat anda tonton pada bulan Jun 2024. Namun, tarikh sebenar tayangan belum dapat dipastikan lagi
Pertemuan semula para pengkarya filem dan para pelakon filem 1987: When the Day Comes ini memang sangat dinantikan para peminat filem Korea.

“Hijacking” kini ditetapkan untuk keluaran Jun 2024 di Korea Selatan. Nantikan ya!

Baca lagi: “The Sin”, Filem Horror Korea Menghidupkan Orang Mati, Bakal Ke Pawagam Tidak Lama Lagi
Baca juga: Masih Ingat Under The Queen’s Umbrella? Ini 9 Projek Kdrama 2024 yang Melibatkan Pelakon-Pelakon Drama Tersebut