Home Kdrama/Kmovie Bakal Tamat, 6 Kejutan yang telah Dihidangkan dalam Marry My Husband

Bakal Tamat, 6 Kejutan yang telah Dihidangkan dalam Marry My Husband

0

Marry My Husband tidak lama lagi akan mengakhiri seluruh episod pada 20 Februari 2024 akan datang. Semakin mendekati ending, jalan cerita yang ditampilkan juga semakin mendekati klimaks. Tambahan pula, ada beberapa kejutan yang semakin menambah rasa ingin tahu para penonton.

Jika anda adalah salah seorang penonton yang masih tertanya-tanya dan ingin tahu kisah seterusnya, jom sama-sama kita lihat senarai kejutan-kejutan dalam drama siri Marry My Husband seperti berikut ini. Semua konflik akan selesai pada episod akhir nanti!

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.

1. Oh Yu Ra mula mendekati dan memanipulasi Park Min Hwan

Marry my husbandOh Yu Ra (BoA) tidak dapat menerima kenyataan tunangnya, Yoo Ji Hyeok (Na In Woo), menjalin hubungan dengan wanita lain. Dia muncul tiba-tiba di hadapan Kang Ji Won (Park Min Young). Lebih parah, Kang Ji Won juga tidak mengetahui apa-apa mengenai pertunangan tersebut. Memang tidak hairanlah jika situasi tersebut cukup menyeksakan baginya.

Oh Yu Ra yang tidak mahu berdiam diri dan dia mula menyusun rancangannya. Dia mendekati orang-orang yang menyimpan dendam terhadap Kang Ji Won. Salah seorang dari mereka adalah bekas kekasihnya iaitu Park Min Hwan (Lee Yi Kyung). Dia mula memanipulasi lelaki tersebut untuk berpihak kepadanya.

Baca juga: Antagonis Baru Muncul di Episod 12 Marry My Husband, Netizen Tidak Sabar Melihat Lakonan BoA

2. Keluarga Jeong Su Min terlibat dalam rancangan Oh Yu Ra

eb878763 dd8b 4b2b 8329 3bbb9704e468Melalui maklumat dari Oh Yu Ra, Park Min Hwan mengetahui bahawa Jung Su Min (Song Ha Yoon) bergerak sendiri membalas dendam kepada Kang Ji Won. Park Min Hwan mengajak isterinya tersebut untuk bergabung dalam rancangan Oh Yu Ra.

Oh Yu Ra memberikan wang yang banyak kepada Jung Su Min sebagai bayaran untuk membunuh Kang Ji Won. Ayah Jung Su Min turut terlibat. Dia menyewa sebuah trak sampah secara haram yang akan digunakan untuk melanggar Kang Ji Won.

Sementara itu, Oh Yu Ra memberikan maklumat bahawa Kang Ji Won akan pergi ke rumah pengkebumian tempat abu mendiang ayahnya disimpan pada malam itu. Selepas itu, tercetus rancangan untuk melakukan pembunuhan di sekitar rumah pengkebumian tersebut.

 

3. Yoo Ji Hyeok yang berusaha menyelamatkan Kang Ji Won terlibat dalam kemalangan

ee66924c 7765 4b6a 8ac3 cb8550ee3b91Yoo Ji Hyeok mengetahui rancangan tunangnya tersebut. Dia bergegas menyusul Kang Ji Won ke rumah pengkebumian. Apabila sampai di sana, Yoo Ji Hyeok melihat sebuah trak sampah meluru laju ke arah kereta Kang Ji Won. Dia terus menghalang trak tersebut. Kemalangan yang tidak dapat dielakkan.

Yoo Ji Hyeok dengan keadaan yang cedera parah dikejarkan ke hospital. Dia perlu menjalani beberapa pembedahan. Nasib baik, Yoo Ji Hyeok berjaya melepasi masa kritikal dan pulih kembali.

Baca lagi: Nasib Buruk Kang Ji Won Diambil Alih 3 Watak ini dalam Marry My Husband

4. Kang Ji Won cuba menggoda Park Min Hwan supaya curang dengannya

0b889813 fbaf 4f17 a83e 0a5a425df741Kang Ji Won tidak mahu nasib malang berpindah pada Yang Ju Ran (Gong Min Jung). Dia menggoda Park Min Hwan supaya berpaling dari Jung Su Min dan curang bersamanya.

Walaupun demikian, Yoo Ji Hyeok tidak tahan melihat kemesraan Kang Ji Won bersama Park Min Hwan. Dia cuba mengalihkan nasib buruk tersebut kepada Oh Yu Ra. Dia juga mengetahui bahawa akan terjadi sesuatu antara kedua-duanya. Semuanya adalah hasil maklumat yang diperolehi secara langsung dari pembantu Oh Yu Ra. Yoo Ji Hyeok mengirimkan high heels merah dan gula-gula berwarna-warni atas nama Park Min Hwan.

 

5. Yang Ju Ran masih terpaksa menghadap suaminya yang curang

c9e703d6 6117 48e7 92a1 c0d6fce8fcaeBukan hanya menghidap kanser perut, Yang Ju Ran juga dicurangi oleh suaminya. Dia mengalami nasib serupa dengan Kang Ji Won di kehidupan pertamanya. Tidak mahu sahabatnya mengalami situasi yang lebih buruk, Kang Ji Won mengajak Yang Ju Ran untuk memerangkap suaminya bersama pihak polis. Setibanya di rumah, Yang Ju Ran melihat suaminya bersama wanita lain.

Walaupun Yoo Ji Hyeok telah mengirim high heels merah dan coklat warna-warni kepada Oh Yu Ra, kedua-dua benda tersebut masih juga muncul dalam adegan kecurangan suami Yang Ju Ran di rumahnya. Ini tandanya nasib wanita tersebut akan betul-betul berakhir seperti Kang Ji Won.

Mengetahui situasi tersebut, Kang Ji Won terus memecahkan meja kaca dihadapannya adegan kaca meja itulah yang membuat dirinya putus nyawa di kehidupan pertama. Oleh sebab itu, nyawa Yang Ju Ran dapat diselamatkan buat sementara waktu.

Baca lagi: Bagaimanakah Versi Webtoon Marry My Husband berakhir? Samakah Dengan Versi Dramanya Nanti?

6. Tidak puas dengan rancangan awalnya, Oh Yu Ra mengganggu Baek Eun Ho

My husbandOh Yu Ra tiba-tiba mengganggu Baek Eun Ho (Lee Gi Kwang). Lelaki yang merupakan cinta pertama Kang Ji Won. Dia membeli restoran tempat Baek Eun Ho bekerja. Kini Oh Yu Ra adalah majikannya.

Baek Eun Ho yang tidak mahu mematuhi Oh Yu Ra memutuskan untuk mengundurkan diri dari restoran. Dia tampak dipaksa untuk sama-sama bergabung bersama rancangannya untuk menjatuhkan Kang Ji Won.

Dari enam kejutan yang ada dalam Marry My Husband di atas, kejutan manakah yang paling membuatkan anda tercengang? Dijangkakan, kisah ini akan semakin menarik pada episod terakhir yang bakal ditayangkan pada hari Isnin (19/2/2024) dan Selasa (20/2/2024) akan datang. Jadi, jangan lupa untuk menonton episod akhir drama Marry My Husband ya!

Baca lagi: 7 Fakta Penjelajahan Masa dalam Marry My Husband, Takdir Menentukan Segalanya
Baca juga: Ini Sebabnya Jung Su Min Begitu Benci Dengan Kang Ji Won dalam Marry My Husband, Pembongkaran Kisah Silam yang Disimpan