Home Kdrama/Kmovie Antagonis Baru Muncul di Episod 12 Marry My Husband, Netizen Tidak Sabar...

Antagonis Baru Muncul di Episod 12 Marry My Husband, Netizen Tidak Sabar Melihat Lakonan BoA

0

Marry My Husband semakin mendapat pujian dan episod 12 akan tersedia hari ini, Selasa 6 Februari 2024.

Drama  Marry My Husband adalah tentang seorang wanita bernama Kang Ji Won yang merentas masa lalu untuk membalas dendam terhadap sahabat dan suaminya.

IMG 3318 Marry my husband

Sebelum merentas masa, Ji Won menangkap suaminya Park Min Hwan berlaku curang dengan kawan baiknya Su Min. Kehidupan Kang Ji Won tidak pernah bahagia dan tenang setelah itu, malah dia banyak berhutang kerana dipergunakan oleh mertua dan suaminya.

Berlaku pergaduhan, Ji Won meninggal dunia tetapi akhirnya mendapat peluang untuk mengulangi kehidupan yang dimulakan 10 tahun lalu.

IMG 3320

Majikan Ji Won, yang diam-diam memendam perasaan, ternyata juga merentas masa setelah mengalami kemalangan kereta.

Sebelumnya dalam episod 11, Ji Won “memuji” Su Min yang tampil dengan gaun pengantin dan akan berdampingan dengan Min Hwan. Hidup Su Min mula suram kerana dia akan berdepan dengan nasibnya jika mempunyai suami seperti Min Hwan.

Marry my husband

Selepas berkahwin, Su Min menyangka Ji Won sengaja menyasarkan lelaki kaya Ji Hyeok daripada berkahwin dengan Min Hwan.

Dalam preview drama Marry My Husband episod ke-12 munculkan villain kedua selain Su-min (Song Ha Yoon) yang dilakonkan oleh BoA.

IMG 3318

Dalam preview episod ke-12 Marry My Husband, anda akan dapat melihat lakonan BoA watak antagonis baru sebagai bekas tunang Yoo Ji Hyuk (Na In Woo) yang bernama Oh Yura.

Menurut preview, Oh Yura secara tiba-tiba datang untuk mengganggu hubungan antara Ji Hyuk (Na In Woo) dengan Kang Ji Won (Park Min Young).

Yu Ra, tunang Ji Hyeok dan kawan zaman kanak-kanak, datang dan menghasut orang untuk memisahkan Ji Won dan Ji Hyeok.

IMG 3319

Kemudian Puan Yang nampaknya mendapati dirinya menghidap kanser perut seperti Ji Won dalam kehidupan sebelumnya. Ji Won berasa bersalah tentang perkara ini dan merasakan bahawa sekarang dia tidak sepatutnya merentas masa.

Bagaimanakah kisah selanjutnya? Nampaknya Ji Won bakal berhadapan dengan masalah lagi dalam episod akan datang ini.

Berbaki 5 episod, jangan lupa tonton Marry My Husband disiarkan pada hari Selasa 6 Februari 2024 jam 8.50 malam di Prime Video ya!

Baca lagi: Marry My Husband Ep 11, Su Min Diejek Baju Kahwin Nampak Buruk
Baca juga: BoA Sebagai Watak Antagonis Baharu, Orang Ke 3 dalam Marry My Husband