Artikel ini mungkin mengandungi sedikit spoiler

Bayangkan anda tengah bergembira dengan rakan karib di tengah bandar yang padat dengan manusia, tidak lama kemudian tiba-tiba semua orang hilang. Senyap sepi seperti dilanggar kapal UFO.

Begitulah yang terjadi kepada tiga sekawan- Arisu, Karube dan Chota yang berdiri kebingungan setelah menyedari hanya mereka yang ada Shibuya Crossing atau lalu lintas pejalan kaki yang lazimnya sibuk di Tokyo itu.

1
Foto: Netflix/Spot
7
Foto: Netflix/Spot

Di dunia sebenar, hampir mustahil untuk lihat kawasan ini sepi tanpa khalayak. Pasti memerlukan usaha yang tinggi untuk menjayakan babak bandar Tokyo tanpa orang ramai di layar skrin.

3
Foto: meguraw645/pixabay

Siri ‘Alice In Borderland’ ini memaparkan dunia dystopia Tokyo di mana tiga sahabat tadi, bersama orang-orang yang masih ada di Tokyo harus bermain dan menang sebuah permainan yang mengancam nyawa.

Bagaimana Tim Produksi Buat ‘Shibuya Crossing’ jadi kosong?

Menurut portal Spot, mereka sebenarnya bukan menjalani penggambaran di Shibuya Crossing. Sebuah set gergasi mirip tempat itu dibina di Bandar Ashikaga, Wilayah Tochigi yang terletak kira-kira lebih 100 kilometer dari lokasi asal.

2
Foto: Netflix/Spot

Hampir keseluruhan ‘Shibuya Crossing’ itu dibina dengan teknologi skrin hijau dan mendapat sentuhan imej janaan komputer atau CGI.

Replika tandas awam stesen tempat trio itu menyorok daripada polis dan pagar penghadang tiket turut disediakan, bayangkan berapa banyak masa dan tenaga untuk gabungkan set fizikal dengan CGI.

4
Foto: Netflix/Spot
5
Foto: Netflix/Spot
6
Foto: Netflix/Spot

 

Previous articlePelatih K-Pop Ini Cerita Kenapa Dia Tinggalkan Agensi Ternama
Next articleKenapa G-Dragon Sanggup Habiskan Berbilion-bilion Untuk Beli Penthouse Ini?