Pada 12 November lalu, TV KBS 2 menyiarkan salah satu rancangan hiburan yang menampilkan rumah selebriti G-Dragon.

3733632747

Penthouse di dalam Apartment NINE ONE Hannam yang menjadi tempat tinggal G-Dragon ini mendapat tumpuan dan liputan media dari dalam dan luar negara.

1587955349 9c39f708 a5ae 49a6 bd7e 3b2b8bcabe75

1587955349 a50e3a32 737e 4e02 be1e 20fd3ac75e18

Kediaman mewah itu terdiri daripada sembilan bangunan dengan sembilan tingkat dan dilengkapi kemudahan berkelas tinggi dan paling mewah di Korea seperti servis sarapan pagi yang disediakan oleh chef hotel terkenal, gim, gelanggang bola keranjang, kolam renang dan padang golf.

Portal Korea, Daum melaporkan harga rumah G-Dragon itu bernilai 9 billion won (sekitar 31 juta ringgit) dan untuk bayar yuran pengurusannya saja menelan belanja kira-kira 10.9 juta won (dalam 33 ribu ringgit) setiap bulan.

1587955009 7533d505 aa1b 45aa aec3 f4e86030f64b 1

Antara selebriti yang turut tinggal di situ dan menjadi jiran ketua Big Bang itu termasuk aktor Song Joong-ki, Lee Jong-suk, ahli BTS RM dan Jimin serta penyanyi Jang Yoon-jung.

G-Dragon memilih untuk tinggal di puncak kayangan itu kerana tempat parkir dan lif eksklusif untuk penghuni penthouse, rumah di tingkat atas sekali.

Semuanya sebab dia mahukan privasi. Dulu G-Dragon pernah kata, “Semasa saya muda-muda dulu, saya tak suka makan di luar walaupun dengan keluarga saya sebab rasa macam orang pandang-pandang saya.”

 

Previous articleBagaimana Produksi Siri ‘Alice In Borderland’ Mengosongkan Shibuya Crossing Yang Sibuk?
Next articleTangga Labirin Apartmen Di Sepanyol Ini Sebiji Macam Dalam ‘Squid Game’