Home Travel Tangga Labirin Apartmen Di Sepanyol Ini Sebiji Macam Dalam ‘Squid Game’

Tangga Labirin Apartmen Di Sepanyol Ini Sebiji Macam Dalam ‘Squid Game’

0

Tangga apartmen berbentuk zigzag di Sepanyol yang sudah berdiri sejak 48 tahun lalu ini menarik ramai pelancong kerana dikatakan mirip tangga pastel ikonik dalam drama Korea ‘Squid Game’.

ms4gQBFNiENKqNPAaGe36J 1200 80

Menurut The New York Post, beratus pengunjung datang setiap hari ke apartmen La Muralla Roja ini kerana penangan naskhah terlaris Netflix itu. Beberapa rumah yang berdaftar dengan ‘Airbnb’ sebagai tempat penginapan kebanyakannya ditempah penuh sehingga penghujung tahun depan!

Bangunan geometri di tepi pantai Mediterranean ini direka oleh seorang arkitek Sepanyol bernama Ricardo Bofill pada tahun 1968 dan siap dibina pada tahun 1973.

Tangga warna-warni seperti labirin itu direka begitu untuk melindungi privasi penghuni kawasan tersebut serta menghubungkan 50 buah rumah.

Berdasarkan petikan artikel portal Korea, Daum, binaan ini diinspirasikan daripada stail seni bina Islam, Kasbah iaitu kubu-kubu zaman dulu yang banyak terdapat di kawasan pesisir pantai Afrika Utara sebagai pertahanan daripada ancaman penjajah dan lanun.

Tingkap luar dibina kecil untuk mengelakkan serangan dari luar manakala dalamannya dibuat seperti pagar sesat sempit untuk mengelirukan arah musuh sekiranya dicerobohi.

landscape architecture desert wall travel africa 265381

Tidak seperti tangga dalam drama hit di mana orang yang bergerak cuma boleh tengok belakang orang depan, tangga di apartmen ini pula membolehkan anda menikmati pemandangan menerusi balkoni dan tingkap.

La Muralla Roja 1 7c59

Di rooftop bangunan pula ada kolam renang, sauna dan kemudahan lain yang disediakan untuk penghuni. Pelancong mungkin boleh berehat dan bersantai-santai di sini tanpa perlu runsing nyawa di muncung senapang atau bertemu dengan patung gergasi bertocang dua itu.

373e9e0cc39f2d42787b5b7430eaffd5
“Ada yang mengumpat di belakang saya keee?”